in

Gambar Sekitar Final Akademi Quran Musim 4

AHMAD TIRMIZI RANGKUL GELARAN JUARA AQ4

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah dipenuhi hampir 3,000 ribu penonton menyaksikan Ahmad Tirmizi Ali dinobatkan sebagai juara AQ4. Selain itu, Ahmad Tirmizi Ali (25 tahun) juga berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan TV9, trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd, pakej umrah tajaan Irna Yakin dan sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd.

DSC_4902

Naib juara disandang oleh Muhammad Ahmad Zahid (15 tahun) dan telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 daripada TV9, sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd dan trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.

Yahya Ali (23 tahun) yang juga merupakan adik kepada Ahmad Tirmizi berjaya menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 daripada Mutiara Jati Sdn Bhd, sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd dan trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd. Sementara tempat keempat dimiliki oleh Husni Ali Hassan (23 tahun) dan membawa pulang Wang tunai berjumlah RM2,000 daripada TV9 dan sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd

Majlis penyampaian hadiah kepada keempat-empat qari tersebut disempurnakan oleh tetamu terhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar.

Sambutan yang amat memberansangkan pada malam itu membuktikan bahawa program ilmiah sebenar Akademi Al-Quran mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan masyarakat kini dahagakan program-program ilmiah yang mendidik jiwa dan pada masa yang sama menambahkan ilmu pembacaan Al-Quran.

Walaupun tempat duduk telah dipenuhi oleh mereka yang hadir dengan tiket, namun, masih ramai lagi yang menunggu d luar tanpa tiket dan harapan mereka hanya satu…. ingin melihat dan memperdengarkan bacaan daripada keempat-empat finalis di dalam Dewan Plenari. Tidak mahu mengecewakan mereka, petugas terpaksa membenarkan mereka masuk ke dewan dan mereka sanggup memenuhi tangga dewan tersebut.

Jika sambutan mingguan AQ4 mendapat perhatian lebih 600,000 penonton, bagi malam peringkat akhir AQ4 pula, mencecah sehingga 1.3 juta penonton.

Tidak dinafikan bacaan daripada Juara AQ4 Ahmad Tirmizi Ali (25 tahun), pada malam itu sememangnya dikagumi dan menusuk ke hati setiap pendengar. Begitu juga dengan tiga lagi finalis iaitu termasuklah Muhammad Ahmad Zahid (15 tahun) dan Husni Ali Hassan (23 tahun) dan Yahya Ali (23 tahun) yang mana masing-masing mendapat tempat kedua, ketiga dan keempat.

Sememangnya AQ4 kali ini bukan setakat membaca Al-Quran sahaja tetapi mendalami ilmu pembacaan Al-Quran bertarannum, qiraat serta pecahan-pecahan, fasohah, bayati dan paling utama penghayatan pembacaan tersebut. Kita sebagai penonton apabila mendengar bacaan daripada peserta-peserta Akademi Al-Quran, sedikit sebanyak dapat memperbaiki dan memantapkan pembacaan kita.

Seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Datuk Hassan Azahari, setiap qari di dalam Akademi Al-Quran pada malam itu berjaya menunaikan hak-hak huruf dengan baik. Bacaan mereka sama seperti orang-orang Arab membaca. Beliau turut bangga dengan pencapaian Akademi Al-Quran malah kata beliau, negeri Islam pun hanya menampilkan hafazan dan tafsir, namun menerusi Akademi Al-Quran ini menampilkan empat perkara iaitu tajwid, tarannum, qiraat dan tafsir.

Malam penuh keberkatan itu juga turut diserikan dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada juara-juara Akademi Al-Quran terdahulu seperti Abdullah Fahmmi (juara AQ1), Anuar Hasin (juara AQ2) dan Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (juara AQ3). DI samping tiga pengacara iaitu Ustaz Mohd Zamri Bin Hj. Mohd Zainuldin, Sharifah Khasif Fadzilah dan Khairul Noormaaidah (Aida).

Pemarkahan setiap peserta adalah bergantung 100% daripada juri tetap. Juri tetap adalah terdiri daripada Ustaz Mohd Nazeri Abdullah yang bertanggungjawab memegang markah sebanyak 30% bagi qiraat, sebanyak 30% markah bagi tarannum daripada Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan Ustazah Asni Mansor pula sebanyak 30% bagi tajwid, fasohah serta 10% bagi penghayatan.

AQ4 ini diterajui oleh penerbit eksekutif Wan Sabariah Shikh Ali dan penerbit Shukri Haji Ibrahim.

Pada masa yang sama, jangan ketinggalan menonton edisi khas AQ4 pada minggu ini, Jumaat, 13 Ogos 2010 jam 9.00 malam hingga 10.00 malam menyaksikan persiapan-persiapan terakhir menjelang malam peringkat akhir di samping gelagat-gelagat peserta dan krew.

Marilah sama-sama kita memantapkan ukhwah dan memperkasakan ummah menerusi program-program ilmiah seperti Akademi Al-Quran ini.

Juara AQ2 (Anuar Hasin), Juara AQ1 (Abdullah Fahmi) & Juara AQ3 (Fakhrul Radzi)

Ustazah Asni, Ustaz Radhi & Ustaz Nazri

Juri jemputan Ustaz Yahya Daud, Tan Sri Dato' Hassan Azhari & Abdullah Fahmi

Adik Muhammad Ahmad Zahid tempat kedua AQ4

Husni Ali Hassan tempat keempat-1

Yahya Ali, Muhammad Ahmad Zahid, Husni Ali Hassan & Ahmad Tirmizi Ali (2)

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sharifah Sofea, Amanda Misbun dalam Angin Rindu Sarajevo

Dokumentari Syahadah Musim 6