in , ,

Sharifah Sofea, Amanda Misbun dalam Angin Rindu Sarajevo

DRAMA ANGIN RINDU SARAJEVO PAPAR KISAH KECEKALAN HIDUP ANAK GADIS BOSNIA DI TV1 SEPANJANG RAMADHAN INI

Berlatarkan lokasi penggambaran di daerah pergunungan terpencil di kota Sarajevo, Bosnia Herzegovina, pastinya drama bersiri Angin Rindu Sarajevo yang telah disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang bulan Ramadhan ini tampil berbeza dan istimewa berbanding drama-drama bersiri yang lain.

sofea dan fazreen

Sarat dengan kisah penuh menyayat hati yang membawa tontonan penonton menghayati pergolakan hidup berlaku di negara yang dihimpit peperangan itu, ia turut mengetengahkan watak anak gadis Bosnia cekal berdepan dengan dugaan sanggup berhijrah meninggalkan bumi kelahirannya untuk menuntut ilmu. Malah gadis bernama Natasya itu juga gigih mahu memperjuangkan dan membangunkan anak bangsanya terutama penduduk tempatan supaya berjaya dan membangun seiring dengan perkembangan dunia luar.

Begitu pun tanggungjawabnya bukan mudah kerana keadaan di Bosnia Herzegovina bukan mudah untuk seorang wanita terutama anak gadis mendapat pendidikan di luar negara untuk berperanan di negara sendiri.

Drama rantaian 25 episod disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.30 malam mengisi slot Mahligai di TV1 itu menyaksikan lakonan hebat Sharifah Sofea Syed Husein dan Beego bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Dato Hj Aziz Singah, Linda Hashim, Amanda Misbun, Nasir Bilal Khan, Fazreen Rafi dan Rosnah Johari.

Angin Rindu Sarajevo bermula dengan memperkenalkan watak Natasya adalah seorang gadis Bosnia Herzegovina dari pedalaman bandar Visoko, di daerah pergunungan terpencil dari kesibukan kota Sarajevo, Bosnia Herzegovina.

Walaupun tinggal jauh di pedalaman, dipinggir bandar Visoko, sebuah kawasan berbukit yang sangat indah di mana terdapatnya Piramid Bosnia dia hidup dalam suasana keluarga yang terbuka berbanding dengan masyarakat lain yang agak tertutup pemikirannya.

Bapanya Adnan mahu anak-anaknya berjaya dan mahu menghantar tiga orang anaknya belajar di sekolah Inggeris di Sarajevo. Namun peperangan telah memusnahkan segala impiannya. Bahkan bukan saja keluarganya hancur tetapi juga beliau dan isteri Vilma telah terkorban. Anak-anaknya Natasya, Sefika dan Armin telah terpisah.

Natasya agak beruntung kerana dipelihara emak saudaranya Nada dan Vilmot. Natasya dibesarkan dalam keluarga Kristian bersama Nikola, sepupunya iaitu anak kepada Nada dan Vilmot. Demi menjaga amanah adiknya Vilma, Natasya terus membesar sebagai seorang muslim, terdidik dengan didikan agama walaupun berada di dalam komuniti Kristian.

Ketika Natasya melangkah ke Kolej, dia ditawarkan biasiswa Yayasan Amal International dari Malaysia untuk belajar di UIA. Tawaran tersebut diterima dengan besar hati walaupun bapa saudaranya Vilmot agak keberatan melepas Natasya pergi melanjutkan ke Malaysia. Tamparan yang lebih hebat datang dari Nikola yang sejak kecil menyimpan perasaan terhadap Natasya.

Natasya dibesarkan dalam suasasana perang dan timbul hasrat mendalam untuk membela masyarakatnya. Sejak kecil, beliau suka kepada kegiatan kemasyarakatan dan mahu membangunkan anak bangsanya terutama penduduk tempatan supaya berjaya dan membangun seiring dengan perkembangan dunia luar. Namun keadaan di Bosnia Herzegovina tidak semudah itu. Bukan mudah untuk seorang wanita terutama anak gadis mendapat pendidikan di luar negara untuk berperanan di negara sendiri.

Semasa belajar di peringkat kolej Sarajevo, Natasya banyak menyertai kegiatan kemasyarakatan melalui Yayasan LAJEPA, sebuah yayasan yang diasaskan oleh prof. Azra. Ketika itulah dia berkenalan dengan Datuk Hamzah, seorang tokoh NGO Yayasan Amal International dari Malaysia yang sering berulang alik ke Sarajevo bagi mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan kedua-dua belah pihak.

Untuk mengetahui kesudahan drama menarik ini, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan Angin Rindu Sarajevo setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.30 malam di TV1.

angin rindu sarajevo

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gossip Selebriti Jijik Tinggal di Hotel Kecil

Gambar Sekitar Final Akademi Quran Musim 4