in ,

Filem Rojak 360° Berjudul GADING MERAH Kini Dapat Ditonton di Youtube

Gading Merah, filem terbaru Maxis Rojak 360°, siri filem 360° pertama Malaysia, kini boleh disaksikan di saluran YouTube Maxis. Dan pembikin filem terkemuka fielm ini, Junad Mohd Nor, telah membuat keputusan untuk menayangkan filem beliau buat pertama sekali bersama dengan kakitangan Maxis hari ini di Menara Maxis – lengkap dengan popcorn dan kanta Realiti Maya (Virtual Reality – VR).



Filem Rojak 360°, Gading Merah, dari pembikin filem terkemuka, Dilancarkan di Maxis YouTube

[dropcap]F[/dropcap]ilem Junad adalah filem ke-empat yang akan ditayangkan menggunakan kamera canggih 360° yang boleh dilihat pada mana-mana telefon pintar biasa melalui YouTube.

Saksikan filem Junad, Gading Merah, di sini (sebaik-baiknya dinikmati melalui skrin mudah alih menggunakan Maxis 4G):

“Kami amat gembira bahawa salah satu pembikin filem terkemuka Malaysia telah membuat keputusan untuk meraikan tayangan filemnya buat pertama kali bersama kami di Maxis, terutamanya bersempena Hari Malaysia yang akan datang,” kata Bernard Lee, Ketua Pemasaran Komunikasi Maxis.

Filem Rojak 360° Berjudul GADING MERAH

“Filem Gading Merah menekankan kepentingan perpaduan. Kerana apabila kita bersatu, tiada apa yang mustahil,” kata Junad Mohd Nor. Filem beliau, bertajuk Ikal Mayang’s Odah, juga telah ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Busan.

Filem Junad Mohd Nor adalah filem terbaharu yang dilancarkan sebagai sebahagian dari siri filem 360° pertama di Malaysia. Projek Rojak 360° meraikan kepelbagaian Malaysia dan mengajak penonton untuk menggerakkan telefon mereka di pelbagai arah untuk ‘melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza’

[pullquote align=”right”]Filem Junad adalah filem ke-empat yang akan ditayangkan menggunakan kamera canggih 360° yang boleh dilihat pada mana-mana telefon pintar biasa melalui YouTube.[/pullquote]

Kakitangan Maxis juga menyaksikan dua filem Maxis 4G yang telah dikeluarkan sebelum ini – sebuah filem Merdeka bertajuk The Last Kite Maker dan The Road Trip. Mazlan Mokhtar, Ketua Daerah Selatan Maxis, yang telah membintangi filem The Kite Maker, turut hadir di majlis tersebut untuk menceritakan pengalaman beliau dalam pembikinan filem tersebut.

Gading Merah mengikuti tiga buah filem 360° yang telah ditayangkan sebelum ini pada 25 Ogos oleh pembikin filem tempatan lain – bintang YouTube The Ming Thing, RED People dan pengarah filem Tamil terkenal, Veedu. Filem-filem ini telah dilancarkan di YouTube pada 26 Ogos.

Filem Rojak 360° Berjudul GADING MERAH

Projek Rojak 360° meraikan kepelbagaian Malaysia – ia menonjolkan keunikan dialek tempatan, meraikan tradisi budaya yang kurang diketahui, dan mempamerkan keindahan tempat-tempat berlainan di Malaysia.

Menggunakan platform video-melalui-mudah alih 360° YouTube yang mendalam, setiap filem menjemput penonton untuk menggerakkan telefon mereka di pelbagai arah untuk “melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis Rojak 360° Maxis, sila layari www.maxis.com.my/rojak360

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Best Bila Dapat Stay di InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort

Nazim Othman & Bella Dally Selamat Nikah