in , ,

Apple Pay Dilaporkan Muncul Pada Papan Tanda Di Maxis Centre

Beberapa minggu lepas kita telah menyaksikan tanda-tanda kedatangan Apple Pay ke Malaysia dan kini dilaporkan telah ditunjukkan pada papan tanda di salah sebuah Maxis Centre di Lembah Klang.

Menurut perkongsian oleh pengguna Twitter @riisams, beliau telah menemukannya di sebuah Maxis Centre di Selangor pada pagi tadi.

Sungguhpun kemunculan papan tanda berkenaan memberikan harapan buat pengguna di Malaysia, buat masa ini pengguna masih lagi belum boleh memautkan kad pembayaran ke aplikasi Wallet masing-masing.

Apple Pay

Sebelum ini Shopee Malaysia juga telah menambah Apple Pay sebagai salah satu pilihan kaedah pembayarannya. Sungguhpun pilihan berkenaan telah tersedia, fungsinya masih lagi belum boleh digunakan lagi.

Dijangkakan sokongan kaedah pembayaran melalui Apple Pay di Malaysia akan hadir dalam masa yang terdekat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Blue | 22

Bateri Samsung Galaxy Watch 5 Mungkin Bertahan Hingga 80 jam