in , ,

Nazim Othman & Bella Dally Selamat Nikah

Pasangan pelakon, Nazim Othman dan Bella Dally sah bergelar suami isteri selepas selamat diijabkabulkan jam 9.53 pagi tadi di Hotel Promanade, pada 10 September, hari Sabtu di Kota Kinabalu.

Dengan sekali lafaz, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 25, sah bergelar suri hati Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 32. Berlangsung dalam suasana sederhana, majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.




Nazim Bella Nikah

Nazim Othman & Bella Dally Selamat Nikah Sekali Lafaz

Mengenakan busana pernikahan serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini Creation, majlis akad nikah dikendalikan Pegawai Agama Istana Negeri Sabah merangkap jurunikah, Imbran Angun.

Pasangan mempelai juga saling memberi dan berbalas hantaran iaitu tujuh daripada pihak Nazim, manakala sembilan daripada Bella, antaranya cincin pernikahan, senaskah al-Quran, sejadah dan set mandian.

Bella turut menerima mas kahwin sebanyak RM300. Pasangan raja sehari itu dijadual melangsungkan majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan pada tengah hari ini.

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada Sabtu depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru. Nazim dan Bella mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun lalu selepas berkawan rapat sejak tahun 2013.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Rojak 360° Berjudul GADING MERAH Kini Dapat Ditonton di Youtube

Nadia Brian Percaya Pada Cinta Pandang Pertama dalam SWEETIE NANIE