in , ,

Maxis & KKD Hulur Bantuan Banjir Kepada Keluarga Terjejas di Johor

* Memperuntukkan 1,000 kotak makanan kepada keluarga terjejas di beberapa lokasi. * Pasukan rangkaian Maxis aktif menjalankan aktiviti pemulihan tapak dan penggunaan Wi-Fi di beberapa PPS di Johor dan Pahang!

Dalam usaha untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di Johor baru-baru ini, Maxis tampil bersama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menyampaikan bantuan makanan keperluan sebagai sebahagian daripada Operasi Bantuan Pasca Banjir oleh Kementerian. 

Maxis telah memperuntukkan 1,000 kotak makanan untuk diagihkan kepada keluarga-keluarga yang terjejas di lokasi-lokasi yang dikenal pasti oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di bawah KKD.

Maxis & KKD Hulur Bantuan Banjir Kepada Keluarga Terjejas di Johor

Pada majlis penyerahan yang diadakan pada 13 Mac di Dewanraya Kampung Sg Tiram, Maxis menyertai YB Fahmi Fadzil, Menteri KKD, untuk menyerahkan 200 kotak yang pertama kepada keluarga dari Kampung Sungai Tiram, Kampung Simpang Mados dan Kampung SC. Sukarelawan Maxis dari wilayah Selatan telah membantu mengagihkan kotak makanan ke kawasan-kawasan tersebut bersama-sama dengan JAPEN.

“Kementerian saya komited untuk terus menyalurkan negeri Johor dengan usaha-usaha bantuan. Terdapat banyak keluarga yang sangat memerlukan bantuan termasuk barangan makanan keperluan. Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu satu sama lain pada masa yang memerlukan, dan saya menghargai usaha syarikat-syarikat korporat seperti Maxis menyokong operasi bantuan kami,” kata YB Fahmi Fadzil. 

Maxis & KKD Hulur Bantuan Banjir Kepada Keluarga Terjejas di Johor

“Maxis menghargai usaha Kementerian dalam memacu inisiatif penting untuk kebajikan rakyat. Dengan begitu ramai yang kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan yang terjejas, kami komited untuk memainkan peranan dengan kerjasama Kementerian untuk meringankan beban mereka yang terkesan,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

Sementara itu, jurutera Maxis terus memantau prestasi rangkaiannya di kawasan yang terjejas dan telah mengambil inisiatif untuk memulihkan perkhidmatan jika diperlukan bagi mengurangkan  gangguan sambungan. Ini termasuk penggunaan set penjana mudah alih di mana terdapat gangguan elektrik, penggantian peralatan yang rosak akibat tapak yang tenggelam dan pemasangan WiFi percuma di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor dan Pahang. Bagi kawasan yang tidak boleh diakses kerana risiko keselamatan, dron digunakan untuk penilaian udara sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan tapaknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nadia Fharshah & Amirul Fadzuan Bergabung Dalam Tiara Versi Hindi ‘SAHARA’

HONOR Magic Moments: Rakam Keindahan Jelajah Fotografi Mudah Alih