in , ,

Jualan Riang Raya Maxis Tawar Pilihan Peranti Luas & Promosi Yang Menarik

Jualan Riang Raya Maxis tawar pilihan peranti mudah alih dan kediaman bernilai tinggi demi kegembiraan rakyat Malaysia! Kolaborasi bersama selebriti terkemuka tempatan untuk membuat semula lagu Raya klasik dengan kelainan tersendiri

Demi menyambut musim perayaan yang kian tiba, Maxis telah melancarkan Jualan Riang Raya dengan tawaran menarik untuk orang ramai bagi kegembiraan rakyat Malaysia!

Bermula sekarang hingga 29 Jun, para pelanggan boleh membeli-belah untuk diri, atau orang tersayang dengan pilihan peranti dan kediaman yang luas dan bernilai tinggi.

Jualan Riang Raya Maxis Tawar Pilihan Peranti Luas &Amp; Promosi Yang Menarik

“Bagi bersiap sedia demi musim perayaan, kami menawarkan pelanggan telefon pintar, tablet dan TV pintar terkini, digabungkan dengan salinghubungan rangkaian terbaik. Kami teruja untuk tawaran mampu milik kami, yang membolehkan pemilikan mudah peranti dan memenuhi keperluan digital mereka untuk Terus Menerajui. Sama ada rangkaian keluarga, pelajar, usahawan, profesional, jurugambar, sambutan Raya yang meriah disediakan dengan tawaran peranti terbaik,”

– Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis
Jualan Riang Raya Maxis Tawar Pilihan Peranti Luas &Amp; Promosi Yang Menarik

Sambut Hari Raya dengan tawaran peranti terbaik

  • Diskaun sehingga 90% untuk pelbagai peranti, dengan kontrak 12 bulan bersama Maxis Postpaid 98 dan Maxis Postpaid 128 terhad pada tempoh jualan. Antara jenama menarik termasuk Honor, OPPO, Redmi, Samsung dan vivo.
  • Nikmati pengalaman kediaman rumah yang lebih menarik dengan Maxis Home Fibre, serta 70” Sharp 4K TV atau 65” Samsung 4K TV daripada RM21/bulan.
  • Nikmati diskaun sehingga 90% untuk peranti terkini, dengan bayaran pendahulan RM0 dan tempoh kontrak daripada 12 bulan dengan Hotlink Postpaid 60, terhad pada tempoh jualan.
  • Dapatkan salinghubungan perniagaan dengan perayauan data tanpa had di 55 buah negara daripada RM29/bulan dan nikmati tawaran peranti ekslusif dengan Maxis Business Postpaid 98 dan Maxis Business Postpaid 128, kini tersedia dengan kontrak 12 bulan terhad pada tempoh jualan. 
Jualan Riang Raya Maxis Tawar Pilihan Peranti Luas &Amp; Promosi Yang Menarik

Maxis turut berkolaborasi dengan selebriti tempatan – Ayda Jebat, Fatin Afeefa, Ellya Keesha, Nabil Mahir, Intan Najuwa dan Wafiy Ann – untuk membuat semula tiga lagu Raya klasik, Balik Kampung, Selamat Hari Raya dan Selamat Berhari Raya, dengan kelainan lirik dan muzik video tersendiri. Tonton persembahan istimewa mereka di saluran Facebook dan YouTube Maxis, di radio serta Maxis Stores.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Riang Raya Maxis, layari www.maxis.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mimifly | 20

Akhirnya Mimi Fly Mengakui Sedang Bercinta Dengan Jejaka Kulit Hitam

Samsung Galaxy A53 5G

Jom Buka Kotak Samsung Galaxy A53 5G, Tahu Tak Apa Yang Berubah?