in

Film Duplex, Family in Hiding di 8TV

Popcorn N’ Wednesday
Saksikan filem-filem menarik sepanjang April ini secara PERCUMA hanya di 8TV!!

Sekali lagi, stesen TV terkenal 8TV menghidangkan filem-filem menarik dari Hollywood untuk tontonan anda sekeluarga. Slot Popcorn N’ Wednesday ini akan menyajikan filem-filem hebat pada setiap Rabu jam 10.00 malam khas untuk penonton setia kami!

“Kami di 8TV sentiasa mahu yang terbaik untuk penonton setia kami. Bagi slot popular kami Popcorn N’ Wednesday, kami telah menyediakan lima buah filem yang cukup hebat dari Hollywood untuk mengisi malam Rabu anda!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Family in Hiding
TX Date: 1 April 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Setelah melihat suatu pembunuhan tragis, seorang ibu tunggal dan kedua orang anaknya menjadi saksi utama bagi kes tersebut.. mereka juga telah diberi perlindungan oleh pihak berkuasa. Namun mereka mendapati nyawa mereka terancam dan ada pihak di luar sana yang mahu mereka dibunuh. Segala maklumat peribadi mereka juga berjaya dibongkar.
Dibintangi oleh: Brenda Strong, Elyse Levesque & Hrothgar Mathews 

Duplex
TX Date: 8 April 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Dibintangi oleh pelakon komedi popular Ben Stiller dan pelakon wanita popular Drew Barrymore, Duplex merupakan sebuah filem komedi yang cukup menghiburkan. Alex Rose dan Nancy Kendricks merupakan pasangan muda yang sedang mencari tempat tinggal bagi memulakan kehidupan baru mereka. Mereka akhirnya menjumpai sebuah rumah yang ideal namun mereka berdepan dengan suatu masalah. Seorang wanita tua yang menyewa di situ enggan berpindah keluar.  Alex dan Nancy telah mencuba sedapa upaya untuk meyakinkan wanita itu supaya berpindah namun usaha mereka nyata sia-sia. Rumah idaman mereka akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri buat pasangan itu.
Dibintangi oleh: Drew Barrymore & Ben Stiller

chasing liberty poster

Chasing Liberty
TX Date: 15 April 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Anak perempuan seorang Presiden tidak pernah merasakan zaman remaja seperti orang lain. Beliau akhirnya berjaya meloloskan diri dari jagaan pegawai keselamatan yang telah dihantar oleh bapanya sewaktu bercuti di Eropah.  Beliau akhirnya bertemu dengan seorang jejaka dan akhirnya jatuh cinta tanpa mengetahui bahawa si jejaka juga merupakan salah seorang pegawai keselamatan yang bekerja untuk bapanya. Dibintangi oleh: Mandy Moore & Matthew Goode

 

Angel Eyes
TX Date: 22 April 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Sharon Pogue merupakan seorang pegawai polis terperangkap dalam situasi yang begitu mencemaskan apabila beliau hampir ditembak mati oleh penjahat. Namun beliau diselamatkan oleh seorang lelaki misteri bernama “Catch”. Sharon yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah akhirnya jatuh cinta dengan “Catch” tanpa menyedari bahawa beliau sebenarnya pernah bertemu dengan “Catch” sebelum ini.
Dibintangi oleh: Jennifer Lopez & James Caviezel.

House of Wax
TX Date: 29 April 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Sekumpulan remaja dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun akhirnya terjebak dengan sebuah pembunuhan kejam yang cukup mengerikan di sebuah perkampungan kecil. Mereka berusaha untuk mencari jalan keluar bagi menyelamatkan diri masing-masing. Adakah mereka akan terselamat? Saksikan filem House of Wax yang penuh dengan adegan-adegan yang menyeramkan!
Dibintangi oleh: Elisha Cuthbert, Chad Michael Murray, Brian Van Holt & Paris Hilton.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem-filem menarik sepanjang April ini secara PERCUMA setiap Rabu jam 10.00 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton siaran 8TV melalui saluran 708 Astro anda!

Anda kini dapat menonon program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke www.mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Madonna Before and After Photoshop

Lagu Single Terbaru Dayang Nurfaizah LATELY