in

Lagu Single Terbaru Dayang Nurfaizah LATELY

Dayang Nurfaizah kembali dengan lagu single terbaru, ‘Lately’ pada 4 Mei 2009

Dengan sukacitanya diumumkan keluaran lagu single terbaru Dayang Nurfaizah, ‘Lately’. Pemegang carta sensasi dari Sarawak ini mempunyai kebolehan serta bakat yang tidak dapat dinafikan dan telahpun meraih populariti dari tujuh buah album sejak album pertamanya dilancarkan padatahun 1999 berjudul ‘Dayang Nurfaizah’. 

Dengan album yang paling mutakhir, ‘Dayang 2007’ yang telahpun menerima ulasan-ulasan yang positif dan memberangsangkan, Dayang telahpun dinobatkan sebagai bintang di dalamkelasnya yang tersendiri. Hanya beliau sahaja yang mampu menghadkan batasan kepada perjalanan kariernya yang tidak mungkin ada penhujungnya dengan pembawaan lagu-lagu pilihannya yang berulang-ulang kali menambat hati,naluri dan kalbu setiap pendengarnya. Dayang Nurfaizah terbukti yang beliau telahpun menaiki tangga ke kemuncak industri dan sehingga kini, tidak mempunyai saingan di dalam keunikan suara serta gayanya.

Lagu terbaru ‘Lately’ ini dikeluarkan melalui Global One Music – suatu projek terunggul yang membawa bersama lebih dari 35 penyanyi-penyanyi berbakat dan yang terhebat dari lima benua di dunia, yang sekaligus akan merakamkan lagu yang telah ditulis khas untuk keluaran serentak dalam bahasa tersendiri. Lagu-lagu ini sejurusnya akan dipasarkan di serata dunia. Dayang akan berdiri di kalangan artis-artis platinum tersohor di dunia dan beliau telahpun merakamkan suatu versi ‘Multimix’ dengan beberapa artis antarabangsa. Sebagai komponen kreatif sejurusnya di dalam projek Global One ini, Raindance akan menganjurkan pertandingan antarabangsa untuk pembikin-pembikin filem di seluruh dunia memenangi peluang untuk membuat video rasmi ‘Lately’ untuk pasaran dunia*.

Versi ‘Lately’ Dayang Nurfaizah’s akan dikeluarkan pada bulan Mei depan. Dayang Nurfaizah akan berkerjasama dengan Daly dari kumpulan rap terkemuka AhliFiqir yang membawa jenama rapnya yang tersendiri, iaitu campuran pantun Melayu berlagu aliran rap moden kepada lagu-lagunya.

Global One Music adalah projek antarabangsa yang pertama di dalam sejarah muzik dunia,yang menjanjikan gabungan bintang-bintang terkemuka dunia. Artis-artis antaranbangsa yang turut serta dalam projek ini termasuk, di antara lain, Wei Wei dari Negara Cina, Sonu Niigaam dari India, Daniela Mercury dari Brazil and Gaitana dari Ukraine.

Mantra Global One adalah “Tiada paspot, tiada visa, tiada politik. Hanya muzik.” 

Artis-artis untuk pasaran serentak sedunia untuk ‘Lately’ adalah:
Brazil – Daniela Mercury
Cina – Wei Wei
India – Sonu Niigaam
Indonesia – Ruth Sahanaya
Israel – Shiri Maimon
Itali – Alexia
Japan – Blendz
Malaysia – Dayang Nurfaizah
Portugal – Daniela Mercury
Sepanyol – Paula Lobos
Sweden – Paula Lobos
Turki – Ozgun
UK – Liz McClarnon
Ukraine – Gaitana      

Sila layari facebook – Dayang Nurfaizah, www.dayangnurfaizah.com, www.globalonemusic.com dan www.raindance.tv 

Nota:

* Raindance.tv dan Pesta Raindance telah bergabung dengan Global One Music untuk melancarkan suatu pertandingan bakat sedunia yang unik untuk pengarah-pengarah video muzik. Pertandingan telahpun bermula dan tarikh tutup untuk penyerahan video adalah 2 April 2009. 

Pembikin-pembikin filem dari serata dunia dijemput untuk menyerahkan suatu video yang panjangnya 3 minit, dan setelah dipilih oleh juri, video pemenang akan digunakan sebagai video pasaran  rasmi sedunia untuk ‘Lately’.Pengarahnya pula akan ditugaskan untuk membuat video selanjutnya untuk projek Global One.

Industri filem dan muzikselalu dalam pencarian untuk bakat-bakat baru, dan pertandingan Global One ini akan memberikan pengarah-pengarah muzik video yang baru berjinak dalam industri muzik suatu peluang unggul untuk kerja mereka dinilai oleh nama-nama terkemuka di dunia dalam industri ini, sejurusnya mampu mencapai berjuta-juta penonton dari seluruh lapis dunia. Hasil-hasil kerja pemenang dan naib-naib johan akan dipromosikan juga di Pesta Raindance, di Raindance.tv dan juga saluran-saluran gabungan.

Pengasas Raindance, Elliot Grove, berkata: “Initiatif antarabangsa Global One adalah suatu idea yang pasti akan mencetus idea-idea kreatif di kalangan pemuda-pemudi yang baru berjinak dalam pembikinan muzik video dengan menawarkan bentuk pelantar yang jelas untuk berkerja dan untuk mencapai penonton-penonton – itulah ajaibnya muzik video.”

Presiden Global One, Charlie Dilks, berkata: “Raindance.tv dan Pesta Raindance adalah rakankerja yang sempurna kerana kami berkerja dengan artis dari seluruh dunia. Raindance mempunyai reputasi antarabangsa yang berkedudukan,bdan dengan www.raindance.tv merekabpasti dapat terus menyampaikan mesej mereka kepada bakat-bakat baru. Kami sungguh teruja untuk berkerjasama dengan mereka.’.

Butiran terperinci mengenai pertandingan:
Pertandingan ini berhasrat untuk menengahkan satu video antarabangsa yang terbaik untuk lagu ‘Lately’ keluaran Global One. Lagu ini sedang dirakamkan di dalam lebih kurang 20 negara di dalam versi bahasa negara itu tersendiri. Trak lagu ini panjangnya 2’56”.

Trak induk untuk pertandingan, lirik dan ciri-ciri lain akan dapat digunakan oleh peserta-peserta pertandingan

Pertandingan ini dibuka kepada semua dan tarikh tutup pertandingan adalah 2 April 2009.

Peraturan-peraturan penuh pertandingan, tip-tip kreatif muzik video dan proses penyerahan boleh didapati di laman Raindance.tv. http://raindance.tv/globalone

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Film Duplex, Family in Hiding di 8TV

Karnival Nasi Lemak Kopi O di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam