in

Video Tiz Zaqyah Nyanyi Kisah Hati Buat Remy Ishak

Lagu Tiz Zaqyah Untuk Remy Ishak itulah tajuk video ini. Namun, sebaliknya pasti ada kisah tersendiri di mana Remy Ishak, kawan baik Tiz Zaqyah ni merupakan model dalam muzik video Kisah Hati dari Alyah. Tiz pun takde nak cemburu apa-apa masa scene romantik antara Remy dan Alyah.

Sebagai hadiahnya, Tiz menyanyikan lagu Kisah Hati dengan lenggoknya tersendiri. Walaupun penuh dengan suara vibrato. Tapi bestlah suara Tiz sebab suara Tiz ni macam suara orang selsema kan? Memang sedap didengar gak.

Setelah menonton video yang dirakam oleh Hot FM di bawah ini, dapat Budiey rasakan dan perjelaskan di sini bahawa Tiz Zaqyah boleh menyanyi dan sebenarnya ada bakat untuk menyanyi. Apa kata Edry KRU ambik Tiz jadi artis untuk rakam single? Hehe 🙂

Lagu ini ditujukan khas buat Remy Ishak pastinya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Bakal Lancar Wajah Baru Wanita Inspirasiku

Gambar Bayi Anak Mawi Bernama Cahaya Malaika