in , ,

Video Mesra Pegang Tangan Dengan Tiz Zaqyah, Ini Respons Keith Foo!

Tular Video Mesra Berpegangan Tangan & Berpelukan Dengan Tiz Zaqyah, Ini Respons Keith Foo!

Susulan itu, status hubungan mereka menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat dan warganet.

Keith Foo, 40, tampil membuka mulut bagi menjelaskan hubungan mereka.

Jelas Keith, dia dan Tiz sudah lama berkawan rapat malah tiada istilah cinta seperti sangkaan orang ramai.

“Tak perlulah saya komen fasal hal itu. Tiada apa pun yang istimewa. Kami memang rapat sejak dari dulu lagi.
“Terpulanglah kepada orang ramai nak fikir apa,”

– Keith Foo

Tambah, Keith juga menjelaskan mengenai hantaran yang dibuat oleh akaun sebuah jenama produk kecantikan di Instagram baru-baru ini.

“Saya tahu orang akan bercakap tentang hal itu… tapi saya tak ambil pusing atau memberi respons. Saya juga tidak membaca komen di media sosial.
“Ia sekadar hubungan dalam perniagaan dan kami saling menyokong antara satu sama lain,” jelasnya.

– Keith Foo

Sekadar info, Keith Foo pernah mendirikan rumah tangga bersama Kim Raymond pada November 2015.

Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Skylar Raymond Foo, 6.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KRU Perkenalkan Wetland Studios Putrajaya, Selebriti Pertama Buka Taman Tema 

Nadia Annuar Kini Selesa ‘Free Hair’ Sempena Ulang Tahun Kelahiran  Ke-39