in , ,

Sinopsis Drama DIVA POPULAR Lakonan Fauziah Ahmad Daud & Erma Fatima di Awesome TV

Konflik di antara dua diva tanah air, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima pernah mengemparkan industri hiburan pada tahun 90-an sehinggakan kontroversi diangkat menjadi sebuah telefilem bertajuk Pengantin Popular pada 1994.

Pengantin Popular seterus menjadi fenomena angkara jalan cerita yang memaparkan kisah sebenar industri seni tempatan di samping lenggok perbualan yang unik sesama mereka turut menjadi ikutan ketika itu. Selepas 27 tahun, kisah pertelingkahan ini kembali berterusan dalam drama 21 episod bertajuk Diva Popular arahan Rashid Sibir terbitan Rumah Karya Citra dan skripnya ditulis oleh Erma Fatima sendiri. Drama Diva Popular masih mengekalkan Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima sebagai teraju utama bersama Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Ben Amir dan Syafiq Kyle untuk menambahkan kehangatan siri tersebut.

Telah mula menemui penonton melalui Slot Dramatix, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hingga 8.00 malam hanya di Awesome TV di Astro, saluran 123 dan MyTV, saluran 112

Drama DIVA POPULAR

Diva Popular mengisahkan pertelingkahan yang tiada kesudahan di antara anak-anak Diva Popular Dato Rona Alfonso (Erma Fatima) dan Lola Kartika (Fauziah Ahmad Daud) yang merupakan musuh sejak azali. Bukan hanya dalam bidang lakonan malah turut bersaing dalam semua perkara termasuk perebutan seorang lelaki yang sama suatu ketika dahulu sehingga tercetusnya perang besar antara mereka.

Kini, sejarah 27 tahun itu berulang kembali apabila perkara yang sama berlaku kepada anak mereka iaitu Ika Natalia (Tiz Zaqyah) dan Erma Erika (Nabila Huda). Kedua-duanya merupakan pelakon sedang meningkat naik berebutkan seorang pelakon lelaki bernama Syazwan (Ben Amir)

Erma Erika mempunyai ramai pengikut di sosial media. Dia digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut. Ika Natalia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan kini bercita-cita untuk menjadi pelakon terbaik. Malangnya, Ika Natalia tidak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Syazwan

Pertelingkahan antara Ika Natalia dan Erma Erika telah melibatkan kedua ibu mereka, Dato Rona Alfonso danLola Kartika yang menyebabkan perang besar tercetus kembali.   

Saksikan drama Diva Popular  ini di Astro, saluran 123, MyTV di saluran 112 dan siaran tertunda melalui laman sesawang rasmi Awesome TV di www.awesometv.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TERRIUS BEHIND ME, So Ji Sub Jadi Pengasuh Demi Ungkap Konspirasi di TV2

Ramai Keliru Perlukah Pakai Mask Lagi Kalau Dah Berniqab, Ini Penjelasan Dr Noor Hisham