in ,

TV3 Bakal Lancar Wajah Baru Wanita Inspirasiku

MAJLIS PELANCARAN WAJAH BARU WANITA INSPIRASIKU

Budiey ada dengar juga ura-ura, TV3 akan melancarkan wajah baru untuk Wanita Inspirasiku tak lama lagi.

Inspirasi Tv3

Wanita Hari Ini, Nona, 5 Rencah 5 Rasa, Mahligai Cinta serta drama bersiri di slot Senda Pagi, Akasia dan Azalea yang bernaung di bawah jenama Wanita Inspirasiku TV3 sentiasa tampil dengan kandungan yang infomatif dan menghiburkan. Muncul dengan wajah baru yang lebih relevan dan segar pada tahun 2012, satu majlis pelancaran akan diadakan bagi memperkenalkan barisan program Wanita Inspirasiku.

Jadi, satu majlis pelancaran akan diadakan di satu lokasi di Petaling Jaya tidak lama lagi.

Antara personaliti TV3 dan artis-artis yang akan memeriahkan majlis tersebut ialah Azizah Ariffin, Fiza Sabjahan, Fara Fauzana, Neelofa, Shersen (5 Rencah 5 Rasa), Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Alyah, Aqasha, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Almy Nadia, Mia Sara Nasuha, Seha, Nabil, Leez, Azzarima, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Wow ramai betul pelakon popular yang akan hadir. Pastilah akan meriah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Introduces New Lower Price Range

Video Tiz Zaqyah Nyanyi Kisah Hati Buat Remy Ishak