in

Tahniah Shahir Duta Produk Brands Terbaru

Memang Budiey dapat agak dah, nama Shahir akan diangkat sebagai duta produk Brands yang baru. Sebenarnya, ini adalah satu suprise untuk peminat dan juga media yang hadir semasa Majlis Pengumuman Duta Brands Terbaru di Laundry, eCurve pada jam 11 pagi tadi. Tapi semua dah dapat agak dah sape, kan.

Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan tahniah kepada juara AF8 ni kerana telah dipilih sebagai duta Brands. Murah betul rezeki Shahir. Budiey rasa pemilihan dan pelantikan ini sangat tepat kerana Shahir mempunyai bakat sebagai seorang penghibur dalam pada masa yang sama Shahir begitu positif dan yakin dengan keupayaannya. Yang paling penting, Shahir sangat peramah dan sangat mudah didekati. Budiey cakap ni berdasarkan pengalaman sendiri. Tak tahu la orang lain Shahir layan macamana.

Gambar-gambar yang sempat Budiey ambil… dan berita penuh bakal menyusul selepas ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Hari Jadi Erin Malek ke-16

Hallmark Rebranded to Diva Universal