in ,

Muka Shahir AF Kebas & Bengkak Sebelah! Peminat Risau Takut Kena Bell’s Palsy

Apa sahaja yang berlaku, kita doakan semoga Shahir sihat dan dimurahkan rezeki untuk menghadapi cabaran KPK yang tinggal 16 hari lagi ini.

Sejak beberapa hari lepas, penyanyi kelahiran Akademi fantasia iaitu Shahir Zawawi hebat diperkatakan umum. Ianya bermula dengan video yang dirakam penyanyi berkenaan ketika berada di hadapan unit kecemasan sebuah hospital.

Shahir Kena Halau Ketika Di Kecemasan

Difahamkan ketika itu Shahir berasa tidak sedap badan berikutan demam yang langsung tidak kebah sejak beberapa hari makan ubat. Jelasnya dia bukan sengaja mengambil risiko 2 pagi untuk berada di hospital berkenaan namun keadaan yang memaksa.

Memandangkan dengan keadaan Covid-19, dia berasa simptom berkenaan ada pada dirinya namun petugas di hadapan meminta agar dia beredar dan datang ke klinik kesihatan keesokan hari untuk rawatan lanjut.

Dalam perkembangan terbaru, Shahir memuat naik wajah yang sebahagiannya berasa kebas. Jelasnya sebelum ini mukanya turut bengkak namum sudah pun mula surut.

Muka Shahir AF Kebas & Bengkak Sebelah! Peminat Risau Takut Kena Bell’s Palsy

Ini Bukan Cubaan, Ini Betul-Betul

“Sebarkan senyuman dan kasih sayang. Walaupun lubang hidungmu besar sebelah, muka kebas sebelah, senyumlah buat mereka.”

“Ini bukan ‘until tomorrow’ challenge ye. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul. Hai mambang tanah mambang mabuuk minum tody. Saya dah ikhtiar ni paling centre saya mampu senyum.”

“Kalau tak menarik maaflah ya. Alhamdulillah ni pun dah surut banyak bengkak muka saya.

Kalau tak dah macam kena gigit tebuan sebelah muka. Terima kasih mana yang mendoakan. Moga Allah melindungi kita semua,”

– Shahir
Muka Shahir AF Kebas & Bengkak Sebelah! Peminat Risau Takut Kena Bell’s Palsy

Netizen Risau Kena Bell’s Palsy

Ramai peminat yang mula rasa simpati dengan nasib yang dialami oleh penyanyi berkenaan. Mereka meminta agar Shahir memandang serius dengan keadaan tersebut dan ada mengandaikannya dengan masalah Bell’s Palsy.

Jika ia tidak dirawat dengan segera, berkemungkinan tinggi sukar untuk sembuh. Sebagai maklumat umum, Bell’s Palsy merupakan penyakit saraf di bahagian muka. Otot di sekitar muka sukar untuk dikawal ataupun berfungsi secara baik.

Jadi kesannya adalah kepada mata, hidung dan mulut yang sukar untuk ditutup secara rapat. Malah individu yang mengalami penyakit ini juga kurang daya rasa, kerap pening kepala dan menjejaskan kelancaran pertuturan.

Sama-sama kita doakan agar penyanyi yang terkenal dengan lagu Kebagaiaan Dalam Perpisahan ini kembali sembuh seperti sedia kala.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asteroid Terbesar Dalam Tahun Ini Dijangka Akan Menghampiri Bumi Pada 29 April 2020

Amyza Aznan Kongsi Pesanan Aisyah Hijanah, Minta Umat Islam Hormat Agama