in , ,

Shahir Zawawi Umum Nikah 2 September & Resepsi Pada 3 September 2022

Selepas mengikat tali pertunangan dengan gadis pilhan hati, Jaskin Jaludin pada 16 Julai lalu, penyanyi Shahir Zawawi mengumumkan bakal bernikah pada 2 September ini.

Memetik Harian Metro, Shahir mengakui berdebar untuk melalui fasa alam rumah tangga apatah lagi bakal menjadi ketua keluarga.

“Perasaan saya ketika ini sudah tentu berdebar-debar. Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian, tapi kali ini nak berdua dan berteman. Selain itu masuk dalam keluarga baru.

“Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri, dalam masa sama nak pikul tanggungjawab yang lebih besar. Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” katanya.

– Shahir Zawawi

Dalam pada itu, Shahir memberitahu segala persiapan sudah dilakukan meskipun dalam tempoh ang singkat serta mendoakan agar majlis pernikahan dipermudahkan.

Shahir Zawawi

“Sekarang ini saya lebih kepada berdoa, semoga Allah permudahkan segala urusan. Persiapan saya buat ini banyak dalam masa singkat untuk majlis kahwin ni. Bagi saya, majlis ini lebih pada nak halalkan hubungan dan dalam masa sama moga Allah permudahkan,”

– Shahir Zawawi

Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada 3 September di lokasi sama acara pernikahan iaitu di Subang Jaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured 12 | 12

Konsert Eksklusif Bersama GIGI ‘NAKAL’ di Menara PGRM, Kuala Lumpur

Pekin Ibrahim

Pekin Bersyukur Mona Allen Selamat Melahirkan Bayi Merdeka