Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya
Dato’ Siti Nurhaliza telah mengumumkan Siti Nurhaliza Productions akan menerbitkan Konsert Satu Suara bersama Simfoni Orkestra Kebangsaan yang menggabungkan penyanyi Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya pada 12 hingga 14 Februari 2010.

Bagi penyanyi popular ini, Aizat dan Faizal Tahir masing-masing punya bakat, karisma serta peminat sendiri.
Kata Dato’ Siti Nurhaliza:
“Faktor utama yang menarik minat saya memilih Aizat dan Faizal Tahir ialah kerana bakat besar yang mereka miliki. Mereka bukan sahaja penyanyi yang berbakat, malahan boleh bermain alat muzik, mencipta lagu dan memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan.
“Aliran muzik yang diperjuangkan oleh mereka diterima baik oleh peminat muzik tempatan terutamanya golongan muda. Tambahan pula, kemunculan mereka dalam industri seni suara amat memberi impak dan membawa perubahan kepada perkembangan muzik tempatan. Muzik yang dibawa oleh mereka juga segar dan mendapat sambutan yang baik oleh golongan muda hari ini.
“Memandangkan konsert ini bertujuan untuk mempromosikan kempen gagasan 1Malaysia kepada masyarakat terutamanya golongan muda, maka pemilihan Aizat dan Faizal Tahir yang dekat dengan anak muda hari ini amat bersesuaian sekali untuk tujuan ini.”
Siti tetap memberi kebebasan sepenuhnya kepada Aizat dan Faizal Tahir untuk memikirkan konsep dan bentuk persembahan.

Faizal Tahir

Gambar ni masa Aizat perform untuk opening act Konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya
Aizat dan Faizal Tahir dijangka akan menyampaikan lagu-lagu popular masing-masing di samping lagu-lagu penyanyi lain menerusi aksi solo selama 45 minit setiap seorang. Selain persembahan solo, kedua-dua bintang ini juga akan menampilkan beberapa lagu duet bersama.
Adakah Siti juga akan turut menyanyi? Ini masih tidak pasti sama ada Siti akan membuat persembahan atau pun tidak. Namun, dia lebih selesa jika tidak terlibat dengan perjalanan konsert Aizat dan Faizal Tahir itu kerana ingin memberi penghormatan kepada dua bintang ini untuk menyinar sepenuhnya di konsert mereka.
Tags: Aizat AF5, Faizal Tahir, Konsert, Siti NurhalizaBaca artikel lain yang berkaitan:








December 13th, 2009 at 11:27 pm
suara faizal tahir ni memang best la…
December 13th, 2009 at 11:34 pm
pergh.. sure meletup punya la nanti konsert tu.. 2-2 aku minat ni..
December 14th, 2009 at 3:09 am
wah.. makin hebat siti skrng ni.. dah terbitkan konsert utk artis lain pulak..
neway, mesti konsert ni gempak.. chayok la..
December 14th, 2009 at 10:09 am
i luv ct
December 14th, 2009 at 10:55 am
wow, siti ni semakin lama semakin hebat la. nak tgk ke x konsert ni sbb ct takde, klu siti ada mmg konfem g tgk.
December 14th, 2009 at 3:04 pm
aah betol3…
December 14th, 2009 at 3:42 pm
cayalah siti buat konsert tuk FT dgn aizat.
December 14th, 2009 at 3:51 pm
siti i like
December 14th, 2009 at 10:04 pm
akutk minat ct tp aku minat faizal n aizat. kompem aku p tgk nih
December 15th, 2009 at 6:21 am
salam.. i slalu mis tgk konset ct.. tahlaa asik abis jerr tiket.. hari tu masa hai-o wat kat stadium baru semapt tgk ct.saida dan saerah. tu pon free coz member hai-o bg. beslaa ct.. kekalkan prestasi anda.. kalulaa ramai pyayi cm ct mesti da ramai g luar negara.. CUBA LAA TRY MARKET EROPA asik ASIA jee..
December 15th, 2009 at 6:29 pm
Melangkah setapak lagi Dato CT skrg ni. Semoga apa yg dirancang akan sukses. Tahniah.
January 15th, 2010 at 3:35 pm
woowww… sure gandingan faizal tahir and aizat mantoppp… !!
February 13th, 2010 at 6:14 pm
pukul berape? sy nih budak kecik ehh…jangan pikir sy nih org dewasa…