in , ,

Aizat Amdan Teruja Dengan Single Terbaharu Hadiahkan Duka Kepadamu

Teruja dengan sambutan hangat yang diberikan memberikan seribu satu kemanisan buat Aizat Amdan apabila lagu baharunya, Hadiahkan Duka Kepadamu diterima ramai.

Bagi penyanyi ini, tidak ada apa yang lebih menggembirakan selain dapat memberikan senyuman kepada peminat yang sentiasa menantikan lagu baharu daripadanya sejak dahulu lagi.

“Setiap kali mahu menghasilkan produk baharu, ada beberapa perkara bermain difikiran termasuklah pertanyaan, adalah lagu baharu ini akan diterima baik oleh mereka atau tidak.
“Tapi apabila melancarkan sahaja lagu ini pada bulan Ramadan yang lalu, sambutan yang diterima begitu baik daripada semua pihak. Hilang segala gundah apabila lagu ini mulai disukai oleh peminat dan mula dimainkan oleh stesen radio,”

Aizat.
Aizat Amdan Teruja Hadiahkan Duka Kepadamu

Hadiahkan Duka Kepadamu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai. Lagu berentak balada ini turut dijadikan runut bunyi untuk drama Kerasnya Takdir yang disiarkan melalui slot Akasia, TV3.

Menariknya, drama lakonkan Amira Rosli, Redza Rosli dan ramai lagi itu mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat sejak mula ditayangkan beberapa minggu yang lalu.

Bagi Aizat, apabila Hadiahkan Duka Kepadamu menjadi runut bunyi untuk drama, itu memberikan banyak kelebihan untuk produk berkenaan diterima dengan lebih cepat seterusnya menangkap halwa telinga pendengar yang lain.

“Saya gembira apabila orang mula mengetahui lagu ini sedikit demi sedikit. Ada dalam kalangan peminat yang terkejut apabila mengetahui lagu ini dinyanyikan oleh saya. 
“Ada yang beranggapan lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi baharu dan tak kurang juga yang jatuh cinta kali pertama mendengarkannya. Semua itu memberikan keterujaan kepada saya,” ungkap penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu ini lagi.

Aizat

Bercerita mengenai kerjasama dengan Ajai pula, Aizat bertemu beberapa kali dengan komposer berkenaan bagi mendengar sendiri lagu berkenaan. Menariknya, dia sendiri jatuh cinta saat demo lagu berkenaan diperdengarkan kepadanya.

Memandangkan ini merupakan kali pertama mereka bekerjasama, pastinya banyak perbincangan dilakukan demi memastikan kelancaran proses rakaman selepas itu.

“Pastinya saya teruja memandangkan ini kali pertama kami bekerjasama. Abang Ajai sendiri memang seorang komposer yang berpengalaman luas dan sudah menghasilkan sejumlah lagu yang banyak.

“Sebagai penyanyi saya mahu sampaikan lagu berkenaan sehabis baik. Sejujurnya saya menjadikan lagu ini buah tangan baharu yang akan diminati oleh pendengar seperti lagu-lagu terdahulu,”

Aizat

Sebagai info, Hadiahkan Duka Kepadamu merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Alternate Records dan lagu diedarkan oleh Indigital Music.

Aizat Amdan Teruja Hadiahkan Duka Kepadamu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FARID KAMIL RAMBUT PANJANG

Farid Kamil Akur Hantar Surat Lima Hari Awal Sebelum Jumpa Anak

Tiket ‘Sold Out’, Rossa Tambah Satu Malam Lagi Konsert ANOTHER JOURNEY