in , ,

Dakwa Bapa Tak Ajar Solat, Isteri Aizat Mohon Jangan ‘Judge’

Isteri penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia Ilias tidak kisah dikritik namun menolak tohmahan berkaitan ejekan tubuh (body shaming) yang menyentuh nama ibu bapanya.

Kata Elyssa, 34, dia berlapang dada menerima segala teguran namun mengingatkan khalayak janganlah bersikap kejam menghakimi apa yang tidak sepatutnya.

“Saya tak kisah orang tegur pasal perangai atau rupa saya tapi jangan sentuh tentang tubuh badan saya.

“Bagi saya, anda tak patut menghakimi seseorang berdasarkan apa yang mereka pakai namun, saya tak kisah andai dihakimi disebabkan perangai.

“Saya berharap sesiapa selepas ini, apabila jumpa Aizat, jangan tegur dia ‘eh kau dah berisilah’. Tiada siapa suka dengan perkara begitu,”

– Elyssa
Dakwa Bapa Tak Ajar Solat, Isteri Aizat Mohon Jangan ‘Judge’

Elyssa yang juga merupakan pengurus Aizat sejak dua tahun lalu memaklumkan, kalau khalayak tidak menyukai apa yang digayakannya dalam media sosial, usahlah terlalu melulu mengkritik.

“Kalau tak suka apa saya pakai, saya tak paksa pun kalian tengok. Tapi, jangan sampai cakap benda-benda yang menyakitkan hati sehingga melibatkan ibu bapa saya.

“Kononnya, bapa tak ajar saya sembahyang sebab saya cakap Aizat jadi imam tapi, orang tak tahu betul-betul apa saya maksudkan dengan semua itu.

“Saya okey tapi ibu bapa saya tak okey. Pantang betul, orang kacau keluarga saya. Nak cakap saya bodoh ke bangang, saya tak kisah tapi tolong jangan sentuh keluarga atau tubuh saya.

“Saya tahu cara berpakaian saya sekarang tak elok. Tak cukup kain orang cakap. Saya mengaku tapi sedang mencuba untuk jadi yang lebih baik,”

– Elyssa

Elyssa menegaskan, apa yang penting adalah dalaman seseorang berbanding luaran yang sering meraih perhatian khalayak.

“Saya percaya benda dalam hati dahulu barulah luaran. Kalau saya pakai tudung, tak sembahyang atau hisap rokok, melepak ke atau bersikap biadab, saya bukanlah nak sibuk menghakimi, saya rasa itu lagi teruk,”

– Elyssa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bts Korea | 13

Samsung Melangkah Global Bersama BTS, Lancar  Video Muzik di Galaxy Unpacked

Aini Mazalan

Aini Mazalan Tampil Dengan Single Pertamanya Bertajuk Sementara