in

Suria FM Lancar SURIA FM RANCAK TOUR

Road Tour Suria FM kini kembali sebagai persediaan pembuka tirai tahun baru pada 2010. Tetapi kali ini tampil dengan nama baru Suria FM ‘Rancak’ Tour.

Masih lagi mengekalkan tagline “Muzik Terbaik Tanpa Henti”, Suria FM mengorak langkah awal dengan mengadakan sesi jelajah Malaysia bermula Disember ini untuk mendekatkan diri bersama para pendengarnya. Bermula pada 19 Disember 09 bertempat di Plaza Metro Kajang, kemudian pada 20 Disember 09 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Seramai 7 artis popular tanahair yang akan turut serta dalam memeriahkan Suria FM ‘Rancak’ Tour Disember  ini antaranya Mawi, Dayang Nurfaizah, Ameng Spring, Diana Danielle, Marsha, Farawahida dan Kumpulan Sofaz.

4184475088 Bcb5889Dda O | 4

Untuk kelainan dan merancakkan lagi road tour ini, Suria FM membawa pelbagai tema dalam setiap road tour yang bakal dijalankan. Kali ini, Suria FM bertemakan “back to school” di mana semua penyampai Suria FM dan juga artis-artis akan memakai seragam sekolah seperti pakaian khas sekolah, pakaian unit beruniform, pakaian ala-ala guru dan sebagainya. Bertujuan memeriahkan lagi Road Tour serta memberi kepuasan juga kelainan kepada semua yang hadir.

Para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan daripada artis-artis dan juga penyampai Suria FM. Turut diadakan kuiz dan permainan menarik di sepanjang Road Tour tersebut dan pastinya pengunjung yang hadir tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai barangan ekslusif Suria FM dan dari penaja akan diberikan secara percuma kepada yang bertuah.  

Selain itu juga, di sepanjang Disember ini Suria FM menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Para pendengar Suria FM yang bertuah berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti peluang untuk melancong ke China, percutian di tempat-tempat pelancongan di Malaysia dan juga barangan ekslusif Suria FM. Para pendengar hanya perlu menyertai kuiz yang ringkas dan mudah di Suria FM untuk menjadi pemenang.

Keterangan lanjut, anda boleh layari www.suriafm.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya

Nourul Depp | 20

Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti Ke Showcase Nurul