Teknik Memikat Melalui Sains!!!


Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

























[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Single Kedua Infinatez Ada Masa Lagu R&B Soul Terbaru

TIDAK hilang, tidak hanya satu, tapi kini Infinatez muncul dengan single kedua mereka yang berjudul Ada Masa. Lagu tersebut adalah ciptaan sepenuhnya oleh salah seorang daripada ahli Infinatez sendiri iaitu Alvin Mahathir Yunus atau lebih dikenali dengan nama Alvin sahaja. Setelah muncul dengan Paparazzi sebagai single pertama yang lebih rancak, Ada Masa pula lebih kepada balada ataupun R&B Soul dan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya bagi memudahkan kehadiran Infinatez diterima peminat muzik Malaysia.

Sebelum membuat keputusan untuk menghasilkan single album yang pertama, Infinatez yang terdiri daripada 5 anak muda iaitu Alvin, Andy, Shah Hans, Rafiq dan Daneal telah melalui proses pemilihan lagu bagi memastikan single album mereka yang merupakan pengenalan kepada media dan peminat muzik adalah bersesuaian. Justeru itu, Ada Masa yang telah dicipta oleh Alvin pada tahun 2006 telah dipilih dan dirakamkan sebagai single kedua. Mereka juga merasakan dengan kemunculan single kedua ini, Infinatez akan dikenali dengan bakat yang serba boleh di dalam industri muzik kerana mampu menghasilkan dan menyanyikan lagu yang berbeza rentak dan muzik.

Jalan cerita melalui lirik yang ditulis oleh Alvin dalam lagu Ada Masa ini adalah berkisarkan tentang seseorang yang ingin memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan dengan sengaja atau tidak terhadap pasangannya. Kadang-kala tiada perlakuan dari segi lisan atau lain-lain mampu menggambarkan kasih sayang seseorang itu terhadap seseorang. Menurut Alvin lagi, mencipta melodi dan lirik sememangnya merupakan hobi beliau pada waktu lapang dan beliau mendapat inspirasi daripada perasaan dan suasana sekelilingnya untuk menghasilkan sesebuah lagu.

Infinatez juga memperkenalkan salah seorang pendatang baru di dalam industri muzik urban tempatan iaitu Najwa sebagai penyanyi jemputan dalam lagu Ada Masa ini. Najwa juga pernah muncul sebagai penyanyi jemputan bersama artis yang lain iaitu Malique, Phlowtron dan beberapa artis yang lain. Vokal yang mantap dari Najwa juga telah menjadi penyeri di dalam lagu ini dan ternyata ia sangat mengkagumkan.

Lagu Ada Masa ini boleh didapati di dalam single album Infinatez yang pertama iaitu Paparazzi dan sebagai bonus, peminat Infinatez yang membeli CD single album Infinatez akan mendapat sebuah VCD yang memaparkan klip video eksklusif lagu Paparazzi yang menampilkan Cat Farish dan Farah Asyikin sebagai artis jemputan di dalam klip video tersebut. Selain daripada itu, CD single album Paparazzi ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM10.00.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • INFINATEZ LAHIR SINGLE KEDUA ADA MASA
  • Lagu Infinatez Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu & Ratu Hati
  • Gambar Sekitar Makan Malam Carnival Media Blast
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?
  • Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida
  • Kuasa Huruf “I” dalam Program Realiti TV
  • The Lima Juara Pertama Gangstarz TV3
  • Comeback Nur Fatimah & Album Terbaru
  • Showcase Sunday Nite Live FERHAD Planet Hollywood



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:
















    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET