in ,

Luscious Kembali Dengan Single Terbaru Khabarkan

Hampir dua tahun lalu mereka disingkirkan dari rancangan pencarian kumpulan vokal terbaik, Gangstarz musim pertama. Namun itu bukan satu sebab yang kuat untuk mereka berhenti. Mereka kembali dengan single terbaru mereka “Khabarkan” yang kini sedia untuk dijual di pasaran.

Kumpulan wanita yang terdiri daripada Nur Shafinaz Mokhtar (Eenaz), Ruzana Ibrahim dan Nadia Aqilah Bajuri, atau lebih sinonim dengan nama Luscious, telah menghasilkan CD mereka sendiri tanpa terikat dengan mana mana syarikat rakaman. Mereka membawa konsep R&B soul.

“Masa selepas tamatnya Gangstarz telah buat kami lebih kuat, untuk bekerja lebih keras dan menjadi lebih rapat. Kami bersyukur kerana kami banyak belajar dari pengalaman kami. Setiap hari kami percaya ada saja benda yang boleh kami belajar,” kata Eenaz.

Khabarkan, telah berjaya memenangi anugerah pertama mereka, ‘Bronze Award’, pada Voize Independent Music Award untuk ‘lagu pop terbaik’ 2009, diikuti dengan ‘Ada Masa’ oleh Infinatez dan ‘Stay’ oleh Estrella..  Lagu ini juga  merupakan salah satu soundtrack untuk drama bersiri kegilaan ramai di saluran TV3, Sindarela, pada tahun 2008. Khabarkan juga telah dirakam kembali dalam versi perlahan, sebagai soundtrack drama TV, Spa Q 2, TV3.

“Khabarkan merupakan puisi indah yang ditulis oleh Pasha Rahim yang kemudiannya digubah oleh Andi. Kami membuat keputusan untuk membuat lagu ini dalam dua versi sebab lirik lagu ini boleh dikaitkan dengan dua emosi,” kata Ruzana. Andi Ariffin Merican, salah seorang anggota Infinatez, merupakan penerbit bagi keempat empat lagu dalam single Khabarkan.

Selain itu, single mereka  juga mempunyai 2 buah lagu hasil penulisan Eenaz dan Nadia, bertajuk ‘Angan’ dan ‘Bintang’. “Secara peribadi, saya amat sukakan ‘Bintang’, yang menceritakan tentang harapan terhadap keamanan. Aman itu sesuatu yang indah, dan saya amat berharap agar semua orang percayakan keamanan,” kata Nadia.

Sudah sekian lama kita kehilangan kumpulan wanita, mungkin kehadiran Luscious dapat mengubat rindu peminat kumpulan wanita yang pernah wujud suatu ketika dulu. Yang pasti, Luscious bakal mencorakkan lagi industri seni tanahair kita.  Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan mereka dan cara untuk mendapatkan CD, sila layari www.lusciouswithlove.com.

Kini, irama lagu Khabarkan disegarkan semula dengan irama remix versi ‘sad’. Selain itu, nak ucap tahniah juga sebab lagu ini berjaya tercalon dalam lagu terbaik dalam VIMA 2008 dan juga kepada Andy yang juga tercalon dalam Best Producer. Moga semua sukses!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sidi Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7, Ini Sedikit Ulasan Untuk Penonton Setia AF7

Win An All Expenses Paid Trip For Two To London