in

Shamsul@Bazaar Ramadan TV3

Shamsul@Bazaar Ramadan – (6 Episod) Setiap Ahad, jam 7.00petang, mulai 15 Ogos

Tahun ini, selain meninjau ke beberapa bazaar Ramadan untuk mencari juadah berbuka puasa, program yang dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau ini juga akan berkunjung ke tempat-tempat yang menjual barang-barang persiapan Hari Raya.

Di samping itu, program ini juga akan memaparkan artis tempatan atau selebriti yang mengambil kesempatan membeli juadah untuk berbuka puasa. Shamsul juga akan menemubual peniaga-peniaga dan juga pelangan-pelanggan yang berkunjung ke bazaar Ramadan tersebut. Apa yang menarik, program 6 episod ini juga bakal memaparkan suasana berbuka puasa di rumah selebriti dan personaliti tempatan.

Pengacara: Shamsul Ghau Ghau
Tetamu Jemputan: Amy Mastura, Rita Rudaini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Gillian Cheung di Pelancaran Jaz Fresh

Ahmad Fedtri Yahya Hos Dari Masjid Ke Masjid