in ,

Ahmad Fedtri Yahya Hos Dari Masjid Ke Masjid

Dari Masjid Ke Masjid – (6 episod) Setiap Ahad, jam 5.30ptg, mulai 1 Ogos

Sememangnya, masjid-masjid di Malaysia cukup terkenal dengan keindahan seni binanya di mana pertembungan kreativiti budaya Arab dan ciri-ciri lama dan moden ielas kelihatan apabila kita melihat Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur, Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan), Masjid Putrajaya, Masjid Negara dan banyak lagi.

Program khas terbitan Primeworks Studios dan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya ini mengajak kita untuk tidak hanya melihat masjid dari aspek seni binanya semata-mata. Sebaliknya, menyingkap kisah-kisah unik dan misteri di sebalik peranan sebagai tempat menyuburkan jiwa dengan zikir dan solat yang mendekatkan diri kepada Pencipta.

Pengacara: Ahmad Fedtri Yahya

DSC_0148-1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shamsul@Bazaar Ramadan TV3

Nabil, Rozita Che Wan, Fouziah Gous Slot Senda Pagi