in

Shahir Duta Brands Berlakon Filem Karak

Kempen BRANDS Generasi Hebat pasti bertambah hebat dengan perlantikan Shahir sebagai duta terbaru produk itu. Pada Selasa lalu, juara Akademi Fantasia 8 ini telah dilantik secara rasminya dalam satu majlis yang dihadiri oleh media dan peminat Shahir.

Siapa yang tak kenal dengan Shahir walaupun AF8 dah pun tamat, namun peminat Shahir tetap menyokong beliau. Sekarang, Shahir begitu sibuk dengan jadual kerjanya. Terbaru, Shahir sedang membintangi filem horror terbitan KRU Studios berjudul Karak.

Nampaknya, rezeki berpihak kepada Shahir yang menyertai rakan seperjuangan yang muda lagi berbakat seperti Hafiz yang penuh bertenaga, Choo Hou Ren yang berkaliber, Akim dan Aril. Mereka akan bergabung dalam kempen Generasi Hebat yang bertujuan menyeru semua orang Malaysia untuk merealisasikan potensi masing-masing demi mencapai kegemilangan tanpa mengira usia.

Shahir
Ucapan dari Mr Koh Joo Siang, Pengarah Urusan Cerebos (M) Sdn Bhd

Shahir
Shahir mendendangkan lagu popularnya. Tapi mengapa miming?

Shahir
Menanti untuk acara memperkenalkan dan menandatangani banner

Shahir

Tahniah Budiey ucapkan buat Shahir kerana dengan perlantikan ini sudah tentu akan mempromosikan lagu nama Shahir kepada orang ramai.

Menerusi kempen ini juga, Shahir akan menjayakan beberapa event terutamanya di bulan Ramadan nanti. Kejayaan Shahir memberi inspirasi kepada orang ramai kerana beliau amat berbakat, berfikiran terbuka, berazam dan bersemangat tinggi. Oleh itu, beliau amat ideal dilantik sebagai duta kempen Brands Generasi Hebat ini.

Pihak penganjur juga rasa berpuas hati dengan penyertaan Shahir dalam pasukan Generasi Hebat dan tidak lama lagi, beliau akan muncul di kaca TV, media cetak dan iklan Brands Generasi Hebat. Melalui kempen ini, Brands juga akan memberi peluang untuk mempromosikan Shahir dan kerjayanya. Sudah tentu Shahir gembira dengan berita ini.

Untuk pengetahuan pembaca semua, Shahir akan tampil dalam projek Generasi Hebat buat kali pertama sempena kempen Ramadan di mana Brands akan mempromosikan saripati ayam sebagai sebahagian daripada santapan sahur untuk memberikan kecergasan mental dan fizikal kepada para muslimin dan muslimat sepanjang musim puasa.

Shahir

Shahir

Shahir

Brands merupakan satu-satunya jenama pati ayam di pasaran yang telah berjaya membuktikan keberkesanannya melalui 21 kajian saintitifk. Kajian menunjukkan kaitan langsung antara pengambilan Brands saripati ayam dan peningkatan kecerdasan minda dan kesihatan fizikal.

Para peminat Shahir boleh turut bergembira pada musim perayaan Aidil Fitri ini dengan mendapatkan CD Hebat, kompilasi hit terhangat artis Akademi Fantasia dengan lagu Kebahagian Dalam Perpisahan yang dipopularkan olehnya. CD tersebut disertakan dalam setiap pek promosi Brands, saripati ayam (42gm X 6) turut menampilkan lagu-lagu popular AF oleh Hafiz, Aril, Akim dan Chou Hou Ren, termasuk lagu pilihan Brands, Hebat dan Juara.

Pek promosu ini boleh didapati di semua pasaraya dan kedai farmasi di seluruh negara dengan harga RM24.20.

Shahir

Shahir

Shahir

Shahir

Shahir

Shahir

Shahir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erin Malek Dapat Hadiah iPhone 3GS & Beg GUCCI

Fiesta Malam Sabtu di 8TV