in

Sekitar Majlis Sambutan Awal Muharram Suria FM

SIARAN MEDIA MAJLIS SAMBUTAN AWAL MUHARRAM DI MASJID ALBAKRI. KAMPUNG BUKIT NAGA. BUKIT KEMUNING BERSAMA SURIAFM DIBAWAKAN OLEH GARDENIA

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Sambutan ini adalah untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Bertepatan dengan sambutan tahun baru hijrah iaitu 1433H, Suria FM telah mengadakan sebuah majlis bagi meraikan ketibaan tahun Islam ini. Bertempat di Masjid Albakri, Kampung Bukit Naga, Bukit Kemuning, Seksyen 32 Shah Alam, majlis penuh kesederhanaan dan keberkatan ini memperlihatkan usaha Suria FM, Kampung Bukit Naga dan Gardenia dalam menganjurkan majlis berbentuk keagamaan buat para pendengar setia.

Menariknya mengenai majlis ini, Suria FM telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk disambut bersama dengan para pendengar, para penyampai Suria FM iaitu Halim Othman dan Bob Ringgo, anak-anak yatim Al-Munirah Johan Setia, warga Gardenia serta penduduk kampung Bukit Naga. Bermula pada jam 3 petang, antara aktiviti yang berlangsung adalah kerjasama antara penduduk kampung, pendengar Suria FM dan juga pihak penaja untuk bergotong-royong memasak gulai kawah. Selain bergotong-royong, majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan Marhaban bersama kumpulan nasyid Saujana, Far East dan Rabbani serta persembahan nasyid dari kumpulan nasyid Al-Farabi dari Kampung Bukit Naga. Tidak ketinggalan aksi silat Cemandi dari penduduk Kampung Bukit Naga. Semua tetamu disajikan dengan hidangan roti gardenia dan gulai kawah yang cukup menyelerakan di sebelah petang dan makan berdulang di sebelah malam selepas solat Isyak.

Melengkapkan lagi majlis sambutan tahun baru Islam ini ialah kehadiran Ustaz Ghazali bin Ibrahim yang memperdengarkan ceramah atau kuliah mengenai Maal Hijrah selepas solat Maghrib. Majlis kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan malam.

Diharapkan sambutan kali ini dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama umat Islam dan semoga majlis sambutan ini dapat diadakan lagi pada 1434H.

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Abang Yang Tak Bertanggungjawab?

Siapa Juara Ustazah Pilihan Musim Pertama