in

Siapa Juara Ustazah Pilihan Musim Pertama

Pada malam ini, Astrao akan mengadakan Siaran Langsung Kemuncak Ustazah Pilihan jam 8.00 malam @ Dewan Utama, Shah Alam Conventrion Centre (SACC) yang bakal menentukan siapa juara untuk musim pertama ini.

Sungguh cepat masa berlalu, malam ini akan terjawablah siapa yang akan jadi juara. Antara finalis yang akan berentap pada malam ini ialah Fira, Firuz, Hidaya dan Siti.

Didik wanita, terdidik generasi. Begitulah kata-kata keramat program pencarian Ustazah Pilihan di Astro Oasis. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi demi mengejar cita-cita menjadi ikon Muslimah. Saban minggu kita menyaksikan penyingkiran demi penyingkiran, kini perjuangan empat calon finalis Ustazah Pilihan sudah sampai ke kemuncaknya.

Jangan lupa untuk menonton Ustazah Pilihan pada malam ini di Astro Oasis jam 9 malam.

Ustazah Pilihan Astro

Ustazah Pilihan Astro

Ustazah Pilihan Astro

Ustazah Pilihan Astro

Ustazah Pilihan Astro

Ustazah Pilihan Astro

Ustazah Pilihan Astro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Sambutan Awal Muharram Suria FM

Video Muzik Buka Semangat Tomok & One Night Only