in

SATURDAY MOVIES MANIA!

SATURDAY MOVIES MANIA!
Hari Sabtu Anda Tidak Akan Sama Lagi…

Tidak ada tempat lagi untuk berlepak dengan kawan-kawan? Sudah jemu dengan aktiviti hujung minggu anda? Jangan risau 8TV ada penyelesaian untuk dilema anda kerana kami akan membawakan program-program terbaik dan sekaligus mengisi masa hujung minggu anda.

“Hari Sabtu bagi saya memang sangat berharga kerana hanya pada hujung minggu saya dapat berehat di sofa sambil menonton rancangan-rancangan kegemaran saya. Saya pasti semua orang di luar sana melakukan perkara yang sama untuk beristirehat dan melepaskan tekanan kerja, kata Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim.

“Untuk menghangatkan lagi hari Sabtu anda, 8TV telah menyediakan satu siri produksi terbaik dari Hong Kong dan Korea. Sekarang siapa kata tinggal di rumah adalah sesuatu yang membosankan?,” tambah Kim sambil tertawa.

If U Care.
TX: 1 November 2008
TIME: 8.30pm

Bintang Canto-pop Eason Chan membintangi drama-komedi ini sebagai Gino Cheung seorang pereka hiasan dalaman yang berjaya dengan matlamat untuk memenuhi cita-citanya sahaja. Hidup dia berubah setelah satu kemalangan berlaku dan menghantar hidupnya ke dalam satu putaran. Nyawa Cheung diselamatkan oleh kekasihnya sewaktu zaman kanak-kanak Gillian yang dilakonkan oleh Gillian Chung. Bermula dari kejadian itu, dia memperolehi kebolehan luar biasa apabila dengan hanya sentuhan dia dapat merasai fizikal dan emosi orang lain.

Dengan menggunakan kebolehannya, Chun Fai membuat keputusan untuk membalas dendam terhadap bekas rakan sekerja dan pereka saingannya (Rain Li). Cerita yang penuh dengan mesej ini akan membawa penonton semua ke dalam suasana yang aneh tetapi masih mampu buat anda ketawa. Adakah kelakuan Cheung akan berubah? Jangan lepaskan peluang untuk menonton komedi romantis ini pada 1 November, Sabtu jam 8.30pm hanya di 8TV.

Swordsman
TX: 8 November 2008
TIME: 8.30pm

Sam Hui dan Jacky Cheung membawa anda kembali ke zaman pemerintahan Dynasti dimana “The Sacred Scroll” dari Forbidden City Museum telah dicuri. Sebagai ketua pegawai dalam istana, Koo memilih Cho (Jack Cheung) untuk menyiasat dan mendapatkan semula artifak berharga yang dicuri. Dikenali sebagai pencuri yang terkenal, Lin telah bersemuka dengan Cho dan akhirnya mendapat tahu Sacred Scroll sebenarnya merupakan satu kitab berusia lebih 200 tahun yang mengandungi seni mempertahankan diri yang cukup berkuasa. Lin kemudiannya berusaha untuk mendapatkan kitab itu semula untuk kepentingan peribadi.

Lin bernasib baik kerana berjaya melarikan diri di dalam pertempuran dengan Cho dan terjumpa Ling (Sam Hui) seorang pengikut Wu Dan Clan yang baik hati dan mempunyai kepakaran dalam mengadili sesuatu masalah. Ling menjejaki kedudukan Sacred Scroll dan tanpa disangka mendapati dirinya sedang berdepan dengan dua pasukan tentera dari Pegawai dalam Istana dan Guru Seni Mempertahankan Diri di Jiang Hu apabila mereka mendapat tahu tentang Sacred Scroll.

Apakah yang akan terjadi kepada Ling setelah terpaksa berdepan dengan pasukan pegawai dalam istana? Adakah Lin akan berjaya mendapatkan Sacred Scroll ? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton Swordsman pada hari Sabtu, 8 November jam 8.30pm hanya di 8TV.

World Children’s Day Special: Little Brother
TX: 15th November 2008
TIME: 8.30pm

Berdasarkan kisah benar, Han-yi (Park Ji-bin) yang berusia 9 tahun merupakan seorang budak nakal yang suka mencari masalah. Tidak pernah berasa takut. Han-yi bukan sahaja membuli abangnya Han-Byul (Seo Dae-han) yang berusia 12 tahun tetapi turut membuli rakan-rakan di sekolah. Semua orang sentiasa mengeluh dan tidak tahan dengan perangai Han-yi malah ahli keluarganya juga tidak mampu mengawal kenakalan Han-yi.

Ditakdirkan, Han-Byul telah jatuh pengsan di rumah secara tiba-tiba dan segera dikejarkan ke hospital yang kemudiannya disahkan menghidap kanser. Han-yi berasa tersisih dan terabai apabila ibu bapanya memberi perhatian yang lebih kepada Han-Byul.

Little Brother merupakan sebuah filem yang cukup menyayat hati dan penuh dengan konflik dan drama. Filem yang berkisarkan tentang kehidupan dan sikap kanak-kanak yang belum tahu erti sebuah kematian. Jangan lupa bawa  sekali kotak tisu anda semasa menonton filem yang begitu menyentuh perasaan ini pada hari Sabtu, 15 September 2008 hanya di 8TV.

World’s Children Day Special: The Fire Ball
TX: 22nd November 2008
TIME: 8.30pm

Wang Film Productions Co. membawakan kepada anda produksi yang hebat berdasarkan karya novel fantasi klasik Cina Journey to the West. The Fire Ball tertumpu kepada peperangan di antara Raja Monyet dan Hong Hai’er, anak lelaki Princess Iron Fan kerana kipas sakti beliau sangat diperlukan untuk memadamkan kebakaran yang mengelilingi Flaming Mountain.
Tripitaka, seorang sami Cina mengetuai Raja Monyet dan kawan-kawan binatang yang lain- Pigsy, Sandy dan Horse mengembara ke India untuk mencari “Buku Kebijaksanaan Dan Kebenaran”. Sewaktu di Flaming Mountain, wira-wira tersebut telah diserang oleh Redhead dan Spider dan menculik Tripitaka supaya mereka dapat meminum air ajaib yang diperbuat daripada abunya yang dibakar untuk memperolehi keabadian.  

Tontonilah filem fantasi menakjubkan yang dipenuhi dengan kesan khas grafik yang hebat.  Adakah wira-wira ini akan pergi menyelamatkan Tripitaka? Saksikan The Fire Ball pada hari Sabtu, 22 November jam 8.30pm khas di 8TV!

Enter the Phoenix
TX: 29th November 2008
TIME: 8.30pm

Dari seorang penyanyi dan pelakon popular Hong Kong, Stephen Fung buat julung-julung kalinya tampil sebagai pengarah dalam filem Enter The Phoenix. Cerita yang berlatar-belakangkan tentang kehidupan Mafia ini penuh dengan elemen jenaka, drama dan kontrovesi apabila menyentuh tentang kehidupan gay. Daniel Wu memegang watak Georgie seorang gay yang merupakan anak seorang ketua kongsi gelap yang menetap di Thailand.

Setelah bapanya mati, Yuen yang merupakan orang kanan bapanya cuba mencari Georgie bagi menggantikan tempat bapanya. Namun berlaku kesilapan apabila Yuen menyangka teman baik Georgie, Sam (Eason Chan) sebagai Georgie. Sam yang sememangnya bercita-cita untuk menjadi ketua kumpulan kongsi gelap telah berpakat dengan Georgie untuk menyimpan identiti sebenar mereka dan dia kemudiannya mewarisi kesemua harta peninggalan keluarga Hong. 

Segalanya berjalan dengan lancar sehingga suatu hari apabila seorang ahli kongsi daripada kumpulan lain (Stephen Fung) mengetahui rahsia mereka dan cuba mengugut mereka. Dia yang cukup bijak telah menyusun strategi untuk mengambil-alih kuasa dan kekayaan Sam  namun dia akhirnya jatuh cinta dengan seorang wanita (Karen Mok) yang juga merupakan anak kepada musuh ketat Hong.  Namun si gadis lebih berminat untuk mengenali Georgie dan cuba untuk memikatnya.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah rahsia Georgie dan Sam akan terbongkar? Adakah Georgie akan jatuh cinta kepada wanita lagi? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton Enter The Phoenix yang penuh dengan aksi dan drama tidak ketinggalan adegan-adegan lucu yang cukup menghiburkan pada 29 November 2008, jam 8.00 malam hanya di saluran 8TV!

8TV semestinya membawakan kepada anda filem-filem menarik dan hebat sepanjang bulan November ini. Jangan lupa temujanji anda pada setiap hari Sabtu, 8.30 malam eksklusif di 8TV!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DRAMA JAMU CIK SEMAH URUT PAK ALI LAKONAN EIZLAN YUSOF, DATO’ AZIZ SATTAR, SHEILA MAMBO

Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek