in

DRAMA JAMU CIK SEMAH URUT PAK ALI LAKONAN EIZLAN YUSOF, DATO’ AZIZ SATTAR, SHEILA MAMBO

JAMU CIK SEMAH URUT PAK ALI MENGHIASI SLOT SENYUM JUMAAT, SETIAP HARI JUMAAT, 2.30 PETANG DI RTM1.

RTM akan menyiarkan drama bersiri komedi, ‘Jamu Cik Semah Urut Pak Ali’ menerusi RTM1, Saluran Inforia, setiap Jumaat, jam 2.30 petang. Drama bersiri ini mengisahkan gelagat Cik Semah dan Pak Ali yang saling bertelagah dan tidak boleh bertolak-ansur. Perihal mereka berdua banyak memeningkan anak-anak mereka.

‘Jamu Cik Semah Urut Pak Ali’ mengisahkan tentang Cik Semah dan Pak Ali yang baru berjiran. Masing-masing menjalankan khidmat urutan tradisional disamping menjual jamu dan jua maajun. Yang berbezanya cuma Cik Semah mengurut kaum ibu manakala Pak Ali mengurut pelanggan dari golongan kaum Adam.

Cik Semah dan Pak Ali tidak bersendirian mereka menetap bersama anak mereka. Mereka masing-masing tidak berpuas hati dengan perangai satu sama lain. Walaupun mereka sibuk dengan pelanggan yang tidak putus-putus datang, mulut mereka tidak henti-henti mengata satu sama lain. Perihal mereka berdua ini banyak memeningkan anak-anak yang sibuk dengan tugasan harian masing-masing.

Bukan itu sahaja, mereka juga tidak suka anak-anak mereka Johan dan Nora saling berhubung antara satu sama lain. Cik Semah amat marah apabila menjumpai daripada Johan kepada Nora. Cucu Pak Ali kerap bertandang ke rumah Nyonya Tan dan Baba Tan kerana mereka dilayan ibarat cucu sendiri, tambahan pula Alisa rajin melayan mereka berbual.

Apakah kesudahan, hubungan Cik Semah dan Pak Ali ? Adakah mereka akan berbaik-baik dan terjalinkah hubungan cinta di antara Johan dan Nora ?.

Drama bersiri komedi terbitan Multi Utama (M) Sdn. Bhd. ini dibintangi oleh Kartina Aziz, Ahmad Tarmimi Siregar, Norliza Abdullah, Eizlan Yusof, Dato’ Aziz Sattar, Sheila Mambo, Liza Abdullah, Kenchana Dewi dan Ruminah Sidek.

Teruskan tontonan anda bersama RTM1, Saluran Inforia pada setiap Jumaat, jam 2.30 petang menerusi slot Senyum Jumaat untuk mengetahui kesudahan kisah ‘Jamu Cik Semah Urut Pak Ali’ yang sarat dengan nilai-nilai murni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BERTUKARLAH KEPADA U MOBILE – LEBIH GEMPAK DARI BIASA

SATURDAY MOVIES MANIA!