in

Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek

Sedikit masa lagi korang boleh bergelak ketawa dengan Siri Komedi HUA… HUA… HUA terbitan bersama Noradz Productions dan Gitu-Gitu Productions Sdn Bhd.

Siri Komedi arahan Saiful @ Apek ini akan ditayangkan di ASTRO Ria bermula pada 17 November 2008 selama 13 minggu pada setiap hari Isnin jam 8.30 malam. Dimantapkan dengan gandingan pelakon komedi nombor satu negara Saiful @ Apek bersama beberapa pelakon-pelakon komedi lain seperti Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Nabil Raja Lawak serta pelakon undangan seperti Sharifah Shahirah, Raja Azura, Ijoy, Yassin, Zami Ismail dan lain-lain. Turut ditampilkan adalah dua artis baru yang bernaung di bawah Noradz Productions Sdn Bhd iaitu Adzrin Adzhar dan Farra Diarra.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SATURDAY MOVIES MANIA!

CD KET CARI DUIT POKET LAKONAN NOOR ZAM ZAM ZAKARIA, DAYANG NAZ