in

Rozita Che Wan Duta Produk Terbaru Safi Rania GOLD

Rozita Che Wan Duta Produk Terbaru Safi Rania GOLD
Teraju Utama SAFI RANIA GOLD

SAFI RANIA GOLD jenama produk penjagaan kulit halal dan suci nombor satu tempatan baru baru ini memperkenalkan kepada wakil media duta terbaru mereka, pelakon popular Rozita Che Wan.

Sinonim dengan imej produk SAFI RANIA GOLD yang moden tetapi masih mengekalkan kelembutan serta keayuan wanita kita, membuatkan Rozita menjadi pilihan yang tepat bagi menjadi teraju utama jenama ini.

Rania

“Beliau adalah ikon dan inspirasi wanita kini” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Produk SAFI. Menurut beliau lagi, Rozita adalah ikon buat wanita moden kini yang berjaya mengukir nama di dalam lapangan kerjaya masing masing namun masih menitik beratkan penampilan mereka. Kulit yang bermaya adalah sumber keyakinan buat para wanita. Semakin kita matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan, justeru itu, penjagaan kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda. Rozita membuktikannya sendiri dengan raut wajahnya yang kelihatan bermaya, anjal dan penuh keremajaan walaupun beliau berada di dalam usia 30an.

Sejak jenama SAFI RANIA GOLD diperkenalkan pada tahun 2009, ia terus membangun dan terus memberikan inspirasi kepada para wanita. Seiring dengan jenama ini, Rozita juga adalah inspirasi kepada wanita kini. Komitmen beliau terhadap kerjaya serta kehebatan beliau menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu adalah gambaran tepat buat wanita moden kini.

Nantikan kemunculan beliau yang bakal menemui para peminatnya di seluruh Negara di lokasi rangka promosi anjuran SAFI. Ayuh kita beramah mesra bersama Rozita dan dapatkan tawaran eksklusif daripada SAFI RANIA GOLD.

Dilancarkan pada tahun 2009, SAFI RANIA GOLD adalah produk anti – penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.

Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

Rania

Lengkapkan rejim anti penuaan anda dengan rangkaian produk SAFI RANIA GOLD berikut:

1) Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.

2) Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

3) Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)
Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.

4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)
Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.

5) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD – 15g(RM17.90)
Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Serlahkan kecantikan mata anda dengan sapuan krim ini siang dan malam.

6) Krim Pelembap Siang SPF 20 ++ SAFI RANIA GOLD – 40g(RM23.90)
Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!

7) Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD – 40g(RM26.90)
Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!

8) Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD – 16g(RM10.90)
Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.

9) Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)
Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam

Dengan penggunaan rangkaian produk penjagaan kulit SAFI RANIA GOLD secara berterusan, anda bukan sahaja akan tampak jelita, tetapi juga merasa hebat kerana mengetahui kulit anda jauh lebih muda dan cantik berseri! SAFI berbangga kerana dapat memanfaatkan teknologi antipenuaan untuk membantu wanita Malaysia memiliki kulit yang cantik berseri menerusi ramuan khusus yang bertindak secara bersama dengan kulit.

Rania

Jelitawan Safi Rania Gold

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Juvana Lakonan Zahiril Adzim Izreen Azminda

Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil