in , ,

Netizen Teruja Sangat Mahu Melihat Wajah Asli Rozita Che Wan Tanpa Mekap

Menurut Zain, isterinya Che Ta sentiasa kelihatan cantik baik ketika memakai alat solek mahupun tidak.

Pelakon Zain Saidin berkongsi bahawa dia jatuh cinta dengan isterinya, Rozita Che Wan, ketika melihat wajah sebenarnya tanpa mekap. Menurut Zain, Che Ta sentiasa nampak cantik sama ada dengan alat solek atau tanpa.

“Dia (Che Ta) memang jelita, saya jatuh cinta waktu dia tak pakai sebarang mekap di muka,” ujar Zain dalam sebuah video di TikTok.

“Kalian sibuk nak tahu macam mana saya terpikat dengan isteri saya.

“Betul saya jatuh cinta dengan Che Ta (Rozita) waktu dia tak pakai sebarang mekap di muka, dia memang jelita,”

– Zain Saidin

Pelakon dan pelawak Lan Pet Pet juga memberi pengakuan mengenai kecantikan Che Ta, dengan berseloroh,

“Amboi, hang Che Ta, pakai mekap pun cantik, tidak pakai mekap pun cantik. Untung Zain.”

– Lan Pet Pet

Dalam komen video tersebut, kebanyakan netizen setuju dengan pandangan Zain dan Lan, tetapi ada yang mengungkapkan keinginan untuk melihat wajah Che Ta tanpa sebarang alat solek.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam Menangis Mengenang Jasa Isterinya Yang Sanggup Berkorban

HONOR MAVIC V2

HONOR Magic V2 Paling Nipis Kini Dijual di Seluruh Negara Mulai 25 Januari