in

Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil

Zizan (Raja Lawak) Kemalangan Kecil

PETALING JAYA: Pelakon komedi dan pengacara Zizan (Raja Lawak) terlibat dengan kemalangan kira-kira pada pukul 3 petang Jumaat. Dia bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan muncul pada pertandingan Maharaja Lawak malam ini. Perkara tersebut disahkan oleh pengurusnya, Marina Juki.

Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak

Kata Marina, insiden yang berlaku di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur itu hanya melibatkan kemalangan kecil dan tidak mencederakan pelawak itu.

“Tiada apa yang serius. Hanya kemalangan kecil dan kami tidak apa-apa. Cuma cermin kereta Zizan saja yang pecah. Bagaimanapun, dia akan tetap meneruskan saingan dalam Maharaja Lawak malam ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pertandingan yang melibatkan barisan finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima itu, Zizan bergandingan dengan Johan dengan menggunakan nama Jozan.

Persaingan Maharaja Lawak untuk minggu ketiga yang berlangsung malam ini akan menyaksikan penyingkiran tiga peserta.

Dua peserta dengan undian terendah daripada minggu lepas akan disingkirkan sebelum pertandingan manakala peserta yang mendapat undian terendah malam ini akan disingkirkan di akhir rancangan.

Bermula minggu ini, Maharaja Lawak akan bersiaran di Astro Warna (saluran 132). via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan Duta Produk Terbaru Safi Rania GOLD

Zed Zaidi & Aleeza Shadan dalam Drama Setelah Kau Tiada