in ,

Rozita Che Wan Dedah Pelakon Wanita Berimej Alim Ini Ambil Barang Terlarang

Rozita Che Wan Dedah Pelakon Wanita Berimej Alim Ini Ambil ‘Barang Terlarang’, Siap Ajak Artis-Artis Baru Sekali?

Pelakon, Rozita Che Wan buat pendedahan yang ada seorang pelakon wanita popular didakwa mengambil ‘barang terlarang’. Siapa pula ni?

Menerusi aplikasi Tiktok, Che Ta juga memberitahu yang pelakon itu juga menghasut artis-artis baru untuk menggunakan barang terlarang itu walaupun dirinya berperwatakan alim dan baik. 

Baru-baru ini saya dengar ada artis popular ni memang cantik, kalau you all tengok memang sangat alim, sopan dan lemah lembut tapi dia ambil barang terlarang.
Dia ambil barang terlarang tu tak salah itu masalah dia tapi bila dia berlakon dengan artis perempuan yang baru dia seolah-olah macam menghasut artis itu.

– Rozita Che Wan

Rozita Che Wan berpendapat yang pelakon wanita itu tak perlu untuk menghasut pelakon-pelakon baru lain dan sepatutnya dia nasihat untuk tidak terpengaruh dengan benda-benda sebegitu.

Artis-artis yang baru berlakon kena tahu hala tuju dan tahu apa yang you buat. Benda salah tetap salah takut benda tak elok terpalit dekat kita dna tercalar imej. Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan Che Ta itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viral Majlis Nikah Mewah, Youtuber Terkenal Ria Ricis Fail Cerai Lepas 2 Tahun

Betul Ke Mawar Karim Bekas Isteri Akhirnya Kahwin? Ini Komen Fizo Omar