in

Rockaway 2011

Sekejap lagi, akan berlangsunglah satu majlis sidang media Rockaway Fest 2011 dan juga majlis berbuka puasa yang akan dianjurkan oleh Livescape. Buat pertama kalinya, sidang media ini diadakan untuk mengumumkan secara rasmi festival ROCKAWAY 2011 yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2011 di medan letak kereta A Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kira sebulan selepas raya. Dan pasti ini mungkin baru untuk korang.

Teaser Rockaway Poster

Budiey dapat tahu yang ROCKAWAY ini adalah anjuran band indie rock yang tersohor One Buck Short dan rakan-rakan yang akan menyelaraskan dengan slogannya iaitu Festival Rock Terbesar di Malaysia dan Rantau Asean.

Untuk info pembaca budiey.com, ROCKAWAY 2011 akan berlangsung selama satu hari dan akan menampilkan persembahan dari kumpulan-kumpulan rock terbaik dan ternama daripada Malaysia dan di Rantau Asean. Di samping itu juga ROCKAWAY 2011 akan menampilkan kumpulan antarabangsa yang akan membuat persembahan buat julung kalinya di Malaysia.

Korang mesti tertanya-tanya siapakah artis dan band rock yang terlibatkan? Budiey pun tak tahu juga. Jap lagi, Budiey akan ke sidang media tersebut dan segala persoalan akan terjawab.

Selamat berbuka puasa buat semua.

Teaser Rockaway Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xplay The Premier Club Music Series Is Back

Gambar Tunang & Bakal Suami Penyanyi Noraniza Idris