in , ,

Konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan bakal Berlangsung di Resorts World Genting

Siti Nurhaliza Cinta Di Awan bakal berlangsung di Resorts World Genting pada bulan Ogos ini!

Adakah anda peminat lagu-lagu seperti “Purnama Merindu”, “Cindai” dan “Anta Pernama”? Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati dan menghayati persembahan langsung dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 10 Ogos 2024, jam 8.30 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting!

Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang melangkah jauh dengan bakat vokalnya adalah nadi penting dalam industri muzik negara. Prestasinya yang gemilang dalam menerima pelbagai penghargaan muzik termasuklah anugerah-anugerah tempatan dan antarabangsa seperti empat MTV Asia Awards, tiga World Music Awards, dan dua Anugerah Muzik Indonesia membuktikan kejayaan beliau yang mengagumkan.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga memenangi juara utama dalam pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan dan pemenang anugerah emas iaitu juara di pertandingan Shanghai Music Festival di Shanghai. Kini, beliau adalah antara artis yang paling berpengaruh dan diminati di Malaysia dengan penjualan rekod melebihi 6 juta unit.

Beliau yang terkenal sebagai “Voice of Asia” dengan koleksi 20 album studio telah mencatat sejarah sebagai penyanyi Asia Tenggara pertama yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall di London pada tahun 2005 dengan diiringi oleh London Symphony.

Selain itu, beliau terkenal kerana sering berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi tersohor seperti David Foster, Michael Bolton, Katharine McPhee, dan Gareth Gates dalam pelbagai acara muzik dan konsert.

Para peminat berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan diva terkenal sambil menikmati lebih dari 20 lagu-lagu hit sepanjang karier muziknya sejak lebih dari 25 tahun pada malam konsert tersebut. Saksikanlah persembahan yang menakjubkan penyanyi sensasi Malaysia yang akan turut menyampaikan lagu-lagu dari album terbarunya, Sitism.

Nantikan malam fenomenal bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Arena of Stars pada 10 Ogos ini! Tiket untuk Siti Nurhaliza Cinta Di Awan akan tersedia untuk dibeli pada 25 April 2024 mulai jam 12 tengah hari. Harga tiket adalah RM688 (VIP), RM498 (PS1), RM388 (PS2), dan RM248 (PS3).

Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, dan PS2. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Samsung Galaxy A55, Naiktaraf Berbaloi Dilengkapi Samsung Knox

Konsert Westlife The Hits Tour 2024 Berlangsung Pada 9 Jun 2024 di Arena of Stars