in

Rebut RM70ribu di Peraduan Lagu Berduit Suria FM

RM70 ribu dari Suria FM dalam peraduan Lagu Berduit Suria FM

“ Hanya untuk anda, sekali lagi Suria FM membawakan ‘Lagu Berduit Suria FM’ dengan ganjaran keseluruhan sebanyak RM70 ribu. Dengarkan Suria FM setiap hari untuk peluang memenanginya kerana sesiapa sahaja layak untuk menang “ – En.Azrullah Mohd Noor, COO Suria FM.

Suria FM yang dikenali dengan taglinenya ‘Muzik terbaik 90-an dan Terbaru’ bukan sahaja memutarkan hanya lagu-lagu yang terbaik, malahan menyediakan pelbagai aktiviti serta ganjaran yang lumayan buat pendengarnya. Baru-baru ini Suria FM baru sahaja mengisytiharkan seorang ahli baru sebagai salah seorang penyampai Suria FM iaitu Shiera yang akan ke udara setiap pagi bersama krew Breakfast@Suria.

Tyzo,Velvet,LO,Lin,Othoe & Lotter

Terbaru, Suria FM baru sahaja melancarkan studio barunya di Sabah bertempat di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. Suria FM kini sudah berada di Sabah dan lebih dikenali dengan nama ‘Suria FM Sabah’ dan antara penyampainya ialah Othoe, Lotter dan Velvet. Majlis perasmian studio baru tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan juga merupakan tetamu pertama yang bersiaran secara langsung di radio Suria FM Sabah tersebut. Ianya juga diikuti dengan satu konsert besar-besaran di mana 10 artis dibawakan khas untuk penduduk sekitar Kota Kinabalu. Antara artisnya ialah Amy Search, Hattan, Stacy, Adam, Abu Bakar Elah, Adira, The Divine Master, Jimmy Palikat, Peter Dickie Lee dan juga seorang artis baru iaitu Shima.

Sekarang ini pula, Suria FM menganjurkan peraduan tahunan iaitu peraduan “Lagu Berduit Suria FM”. Peraduan ini bermula dari 28 Febuari 2011 selama 5 minggu sehingga 1 April 2011. Menangi sebahagian daripada RM70 ribu untuk ‘ Lagu Berduit Suria FM’.

Dengarkan Breakfast@Suria untuk mengetahui lagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmen di Suria FM, hantarkan jawapan dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988. SMS yang terpilih akan dihubungi dan setiap jawapan yang betul akan berjaya memenangi wang tunai dari sebahagian RM70 ribu tersebut. Menangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi ‘LIVE’. Jadi tunggu apa lagi, inilah masanya untuk anda memenangi wang tunai dari Suria FM.

Akan datang, dalam bulan mac ini juga Suria FM akan mengadakan satu konsert bagi finalis “ SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011! “. Seramai 12 buah kumpulan yang dipilih melalui sesi ujibakat yang dianjurkan pada bulan lalu dan tiba masanya untuk memilih hanya sebuah band yang terbaik sebagai pemenangnya.

Pemenangnya akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10 ribu ringgit, tempat kedua sebanyak RM5 ribu ringgit manakala tempat ketiga sebanyak RM3 ribu ringgit. Pengiraan markah adalah berdasarkan dari juri profesional sebanyak 70% dan 30% lagi melalui undian SMS. Jadi mari bersama-sama memeriahkan konsert itu nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Norish Karman & Sharifah Sofea dalam Menangguh Tangisan

Aktiviti & Sukan Lasak dalam Remaja Ekstrem