in

Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif

4 SLOT KHAS AIDILFITRI MENERUSI SALURAN MUZIK AKTIF RTM ASTRO 180

Satu-satunya stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang hanya menyiarkan klip-klip video, konsert serta program komedi istimewa sempena meraikan Aidilfitri ini, Saluran Muzik Aktif RTM Astro 180 bakal menjanjikan empat slot khas Aidilfitri menghiasi salurannya khas untuk tontonan seisi keluarga. Empat slot itu adalah Bingkisan Warna Warni, Fenomena Aktif, Hore-Hore Raya dan Irama Lebaran.

Konsert Fenomena Anuar Zain Ziana

Bingkisan Warna Warni dimuatkan dengan ucapan, pantun, puisi dan gimik raya diselangselikan dengan lagu-lagu raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Keceriaan Aidilfitri turut diserikan dengan ucapan salam Raya daripada segenap lapisan masyarakat pelbagai bangsa dalam memeriahkan kemuafakatan bulan Syawal dalam suasana 1Malaysia. Slot ini bakal disiarkan pada 10 hingga 14 September 2010, jam 8.00 – 12.00 tengah hari.

Menyusul Fenomena Aktif pula bakal menghiburkan penonton dengan Konsert-Konsert Fenomena terbitan RTM dengan gandingan artis-artis tersohor tanah air. Antaranya Konsert Fenomena Siti Nurhaliza dan Dayang, Konsert Fenomena The Fabulous Cat dan Elyana serta Konsert Anuar dan Ziana Zain yang bakal disiarkan secara eksklusif di Muzik Aktif pada 4 hingga 19 September 2010, jam 2.00 petang.

Bagi peminat-peminat komedi, Muzik Aktif bakal muncul dengan slot Hore-Hore Raya yang manyajikan rancangan-rancangan muzikal komedi, antaranya Ewa-Ewa Raya, Yeah! Yeah! Raya dan Syoklah Raya. Slot ini bakal disiarkan mulai 10 hingga 16 September 2010, jam 4.00 petang.

Sebelum diakhiri slot Irama Lebaran yang menampilkan konsert-konsert dan rancangan-rancangan muzikal eksklusif menerusi Slot Irama Lebaran dari jam 9.00 hingga 12.00 malam bermula 6 hingga 19 September 2010. Diva 2 Era, Popular @ Muzik Aktif Raya dan Aku Cinta Padamu…Sheila Majid antara konsert dan muzikal yang bakal menghiburkan anda sekeluarga menjelang Aidilfitri.

Justeru pastikan anda meluangkan masa berhibur dengan rangkaian slot-slot khas Aidilfitri ini iaitu Bingkisan Warna Warni (10 hingga 14 September 2010, jam 8.00 – 12.00 tengah hari), Fenomena Aktif (4 hingga 19 September 2010, jam 2.00 petang), Hore-Hore Raya (10 hingga 16 September 2010, jam 4.00 petang) dan Irama Lebaran (jam 9.00 hingga 12.00 malam bermula 6 hingga 19 September 2010) hanya di Saluran Muzik Aktif RTM Saluran 180.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sampaikan Raya 2010 & Saya Terhebat TV3

Gambar Wedding Aida Aris & Husfarid