in ,

Gambar Wedding Aida Aris & Husfarid

Selamat pengantin baru buat pelakon Aida Aris yang telah diijabkabulkan semalam, 4 September 2010 dengan suaminya yang baru iaitu Husfarid, seorang duda anak dua. Tak kisahlah kawin pada bulan puasa, yang penting boleh beraya beraya bersama suami baru. Nak raya ni, semua kena baru. Maklumlah, dah 4 tahun beraya seorang diri. Jadi, pastnya raya tahun ini begitu bermakna dan meriah dengan orang baru dan famili baru.

Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa.

AIDA ARIS / HUSFARID SHAIKH ALI@SHAIKH HUSSAIN

Majlis pernikahan yang berlangsung tanpa ikatan pertunangan itu begitu sederhana itu hanya dihadiri keluarga daripada kedua-dua pihak, termasuk beberapa rakan artis.

Pelakon yang kini berusia 38 tahun ini dah kenal suaminya ni dah 7 tahun, Sepatutnya mereka kahwin pada bulan Ogos 2010 tapi terpaksa ditangguhnya disebabkan beberapa masalah membabitkan dokumen pernikahan dengan jabatan agama.

“Alhamdulillah, akhirnya semua dapat diselesaikan minggu lalu. Kami tidak mahu menunggu lama, sebab itu majlis pernikahan ini diadakan secepat mungkin. Yang penting bagi kami ialah mengadakan majlis pernikahan. Lagipun, saya tidak merancang melakukan majlis besar-besaran. Cukup sekadar bermula dengan majlis pernikahan sebelah pagi diikuti kenduri kecil di sebelah malam. Dalam masa sama, kami ingin mendapat keberkatan menjamu tetamu yang hadir berbuka puasa selain meraikan perkahwinan ini.”

Aida Aris kahwin

“Mungkin ini semua ketentuan Allah yang Maha Esa. Perkenalan singkat melahirkan bibit-bibit cinta antara kami. Selepas berbincang, kami sepakat meneruskan acara perkahwinan tanpa majlis pertunangan. Yang penting, kami bergelar suami isteri yang sah sebelum Aidilfitri menjelma. Walaupun saya perlu bekerja pada hari raya, Aida akan menemani saya di pesawat.”

“Pertemuan dengan Husfarid tidak pernah diatur. Saya berkenalan dengannya selepas diperkenalkan Syarifah dan (Datuk) Reezal. Sejak itu kami mengenali hati budi satu sama lain hingga ke jinjang pelamin. Husfarid penyayang serta mudah diajak berbincang. Saya bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan doa kami bergelar suami isteri. Saya gembira dan berdoa dimurahkan rezeki.”

Sebelum ini, Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, pelakon dan penerbit rancangan televisyen, Bob Azrai pada 2004, tetapi hanya bertahan dua tahun.

AIDA ARIS / HUSFARID SHAIKH ALI@SHAIKH HUSSAIN

Aida Aris & Husfarid diapit anak Husfarid, Danish Hazim dan Farish Nasha.

Aida Aris kahwin

Aida Aris kahwin

Aida Aris kahwin

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Hai Husfarid,

    Bila nak bawa balik Tanjong Tokong?

    Org kampong nak tengok …..
    anyway Selamat Pengantin Baru sehingga ke anak cucu…amin.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif

Temubual Shahril dan Atikah Penyampai Berita RTM