Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Profile Pelakon dan Penyampai Sinar FM Raja Azura

Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin, lebih senang disapa Kak Engku, seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio. Artis serba boleh dan ibu kepada tiga cahaya mata ini lahir di Pelabuhan Klang, Selangor pada 18 Ogos 1972.

Antara filem lakonan, Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2005), Cinta 200 Ela (2002), Putih (2001), Ghazal Untuk Rabiah (1997), Lurah Dendam (1996), Debu-Debu Kasih (1995), Jimi Asmara (1995),  Pemburu Bayang (1993), Juara (1991) dan Riang Tirana (1990), sementara drama lakonan Raja Azura seperti Samprit, Samprit Lagi, Mat Despatch dan Mat Burger.

‘Dan Bunga-Bunga Pun Berguguran’ merupakan album pertama Kak Engku yang memperkenalkan bakat nyanyian beliau dalam bidang seni suara yang diterbitkan sekitar 1997. Selepas sedekad tanpa album solo, beliau  muncul kembali menyemarakkan dunia nyanyian dengan album keduanya yang mengambil judul namanya sendiri, Raja Azura, yang diterbitkan oleh K.E Entertainment, iaitu syarikat miliknya sendiri.

Penyampai radio Sinar FM ini cukup dikenali menerusi segmen Madam Muah-Muah dan Sinar Pagi, kendalian bersama Khairil Rashid dan Salih Yaccob.

Dalam dunia pengacaraan, stail bersahaja dan selamba Raja Azura menjadikan beliau rebutan di kalangan penerbit-penerbit rancangan TV dan acara berprestij sebagai pengemudi program dan acara. Tidak hairanlah, beliau kerap kali menjadi pilihan penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebagai hos.

Bekas pengacara Melodi, TV3 ini juga amat disenangi oleh penonton stesen TV tersebut dalam Gedik Santai.

Raja Azura memegang watak Dewi Bencana di Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad di Istana Budaya.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • Azura Deejay Hot FM & Shaffique Kahwin 12 Julai
  • Majls Berbuka Puasa Bersama Sinar FM
  • Raja Azura dan Ady Putra Menang Karaktor Jahat Anugerah Oscar 2008
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • Raja Azura, Azfar OIAM, Ikhwan Hotfm Dalam Friskies… Meow Belai Si Comel
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD LAKONAN RAJA AZURA
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok



  • 8 Komen untuk entri “Profile Pelakon dan Penyampai Sinar FM Raja Azura”

    1. Jom Cuti-Cuti Malaysia kata:

      suka la tengok gedik santai…

    2. zul kata:

      go..kak engku go…kita org minat u… u r 1st..

    3. obefiend kata:

      and who can forget the crapfest that was “PENDEKAR”

    4. Honeybee kata:

      Anak dh brapa org?

    5. june kata:

      suka gan raja azura ni sempoii jer..

    6. azura kata:

      go kak engku u are the best gurls

    7. zulkifli kata:

      Salam kak Engku,

      Syabas buat KE,serta rakan2 di sinar fm.Celoteh serta panduan d sinar fm banyak memberi manfaat buat pandengar2 di luar sana .Sinar fm u make my day every morning.Keep up the good work & wish you all “bersinar terus”.

      ikhlas
      Zulkifli/singapore

    8. dayana kata:

      bestlah dengar suara kak ungku kat radio sinar,kalau tak dengar sehari rasa tak sah pulak n semoga berjaya.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!