in ,

Ayah Sendiri Dah Buka Mulut, Kenali Siapa Sebenarnya Da’i Syed

Pendakwah muda, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Siapa Da’i Syed? Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail yang juga nama komersialnya, Da’i Syed merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pendakwah Malaysia.

Masih trending di Twitter, isu Da’i Syed yang didakwa merogol gadis semakin hangat diperkatakan.

Ramai lagi yang tak kenal dengan Da’i Syed ni, Nama penuhnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail, berusia 25 tahun, berasal dari Perlis.

Bakatnya dikesan daripada rancangan realiti Islamik, Da’i Pendakwah Nusantara (Musim 4) pada 2016 yang meletakkannya di kedudukan keempat, Antara lain, beliau pernah menyertai program Akademi Sahur Indonesia (AKSI) pada 2018 sebagai wakil Malaysia dan meraih tempat ketiga, menggunakan nama komersialnya, Da’i Syed merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pendakwah Malaysia.

Antara lagu dipopularkannya termasuk Arah, Ya Rasulullah dan Keagungan Cintamu. Pernah membintangi drama Papa Nak Menantu. Beliau berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab daripada Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir.

Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daisyed_ sehingga kini mempunyai lebih 225,000 pengikut.

Fakta Menarik

  • Terkenal dengan penampilan yang bersahaja serta sering mengenakan fesyen kasual seperti remaja seusianya yang lain.
  • Pernah digosipkan dengan usahawan Joy Revfa.
  • Pada Julai 2020, beliau mendedahkan status dirinya yang sedang berhubungan cinta dengan seorang aktres tidak berhijab, namun dirahsiakan identitinya.

Fakta Menarik

Terkenal dengan penampilan yang bersahaja serta sering mengenakan fesyen kasual seperti remaja seusianya yang lain.

Pernah digosipkan dengan usahawan Joy Revfa.

Pada Julai 2020, beliau mendedahkan status dirinya yang sedang berhubungan cinta dengan seorang aktres tidak berhijab, namun dirahsiakan identitinya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Twitter Akan Perkenalkan Semula Ciri Pengesahan Rasmi Tahun Hadapan Untuk Blue Tick

Didakwa Guna Taktik Ajak Mangsa Datang Rumah, Isu Da’i Syed Makin Panas!