in , ,

Abby Abadi Bagi Penjelasan, Tidak Pernah Mabuk Minum Arak

Abby Abadi meminta nama dijernihkan. Abby tidak pernah minum arak apatah lagi mabuk. Kalau mabuk kereta tu pernah la kot. Segala tuduhan ini hanya fitnah semata-mata!

Dalam pada itu, Abby melahirkan rasa kesal terhadap gosip yang tersiar di sebuah media baru-baru ini.

Gosip berkenaan mencetuskan buah mulut orang dan ramai menyifatkan artis yang dimaksudkan itu adalah dirinya. Ini kerana tulisan yang memperkatakan tentang seorang artis yang didakwa ditahan dalam keadaan mabuk bersama seseorang yang dikatakan kawan seolah-olah menggambarkan dirinya.

Apatah lagi, tulisan terbabit turut menyatakan artis yang terlibat baru sahaja ditimpa musibah dan mendapat simpati satu negara.

“Bukan saya artis yang mabuk itu. Memang keadaan yang digambarkan seolah-olah ia diri saya tapi saya tidak pernah minum arak atau berkunjung ke tempat yang bukan-bukan.

Saya sendiri tidak pasti jika ada orang cuba untuk menabur fitnah. Apabila cerita ini keluar, ramai yang menelefon untuk bertanya.

Saya kesal dengan perkara ini dan harap penulis yang bertanggungjawab berbuat sesuatu untuk menjernihkan kembali nama saya,”

– Abby.

Mengulas tentang kedudukan sebenar hubungannya dengan pelakon baru Gerak Khas, Zul Ariffin pula, Abby menyatakan itu satu lagi faktor yang membuatkan gosip berkenaan tertumpu kepadanya. Ini kerana dia dan Zul baru sahaja berkawan setelah pelakon kacak berkenaan menyertai keluarga drama bersiri terbitan skop Production itu.

“Memang hubungan kami sekadar kawan. Apa yang berlaku, ada pihak cuba menokok tambah cerita.

Saya pun malas hendak fikir sangat gosip yang bukan-bukan ini. Cuma saya harap berikanlah ruang kepada orang baru seperti Zul,”

Abby yang mengharapkan kehadiran tahun baru 2009 kelak akan memberikan sinar cerah dalam kehidupannya bersama anak-anak.

Sumber: Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sudirman | 19

Lirik Lagu Sudirman BILA WAJAHMU KUBAYANGKAN

Profile Pelakon dan Penyampai Sinar FM Raja Azura