in

Profile Band Gensekii

GENSEKII BAND PROFILE

Gensekii ditubuhkan pada 2009 dan berasal dari Kuala Lumpur. Band ini terdiri daripada 4 orang anak muda iaitu Yum (vokal), Kerry (gitar), Eba (bass) dan Azzam (drum). Stail muzik yang dibawakan oleh band ini dipengaruhi dari negara Jepun.

Kami memainkan muzik yang berkonsepkan j-rock, alternative, pop, rock moden, jazz moden, disco dan free-style. Band ini mendapat nama dari perkataan ‘Gensekii’ yang memberi maksud Rock. Band ini mendapat inspirasi dari band-band yang telah sedia ada seperti The Predator, X-Japan, Glay, L’Arc-en-Ciel, Asian Kungfu Generation, Neo Universe, Deen dan lain-lain lagi.

Kebanyakan lagu-lagu yang kami hasilkan bertemakan kehidupan, cinta, keadaan semasa dan sebagainya. Akhir sekali, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong Gensekii dan tidak lupa juga kepada band tempatan dan luar negara yang memberi sokongan dan semangat kepada kami. Sekian, terima kasih.

Gensekii 1...

Nama : Muhammad Qayyum Md Shafie
Nama Samaran : Yum
Tarikh Lahir : 11 April 1986
Asal : Ampang, Kuala Lumpur
Posisi : Vokal
Pengalaman :
Aktif Bermain Gig-Gig Di SekitarKuala Lumpur
Rancangan Remaja Di Tv3.
Hujung Minggu Malaysia Di Tv1.
Let’s Rock Cancer Anjuran Suria Fm.

Nama : Mohd Khairi Razali
Nama Samaran : Kerry
Tarikh Lahir : 23 April 1985
Asal : Kepong, Kuala Lumpur
Posisi : Gitar
Pengalaman : Wakil Malaysia Dalam Asian Beat 2007/2008 Bersama Band Aisunam Dan Mendapat Tempat Ke-3 Di Taipei, Taiwan.
: Johan Rentak Juara Bersama Band Aisunam.
: Wakil Malaysia Art Festival 2008 Di Beijing, China.
: Stompin Sabah Festival 2009.
: Konsert Jom Heboh 2006/2007.
: Pemuzik Datuk Siti Nurhaliza Di Tv1.
: Pemuzik Undangan Dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia Di Tv3.
: Pemuzik Undangan Dalam News@7 Di Ntv7.
: Pemuzik Undangan Dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O Di Tv9.

Nama : Adzrad Ezramel Adnan
Nama Samaran : Eba
Tarikh Lahir : 8 Mac 1988
Asal : Temerloh, Pahang
Posisi : Bass
Pengalaman : World Drum Festival 2008.
: Pemuzik Undangan Di Sepetang Bersama Tv9 Sempena Ulang Tahun Tv9 Yang Ke-2.
: Pemuzik Undangan Dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O Di Tv9.

Nama : Mohd Azzam Che Manir
Nama Samaran : Azzam
Tarikh Lahir : 2 Mac 1986
Asal : Mentakab, Pahang
Posisi : Drum
Pengalaman : Pemuzik Undangan Untuk Oag
Dalam Ikon Malaysia Pertama.
: Fiestarama Festival, Singapore.
: Stompin Sabah Festival 2009.

Pengalaman
1. Rancangan Hujung Minggu Malaysia Di Tv1.
2. Rancangan Remaja Di Tv3.
3. Let’s Rock Cancer Anjuran Suria Fm.
4. Launching Untuk Uya Distro.
5. Laman Budaya Rakyat 1 Malaysia.
6. Music Aid 2010.
7. Dome 2011.
8. Teenage Politic Magazine Launching.
9. Special Guest For Final Botb Ipik.
10. Gig Di Seluruh Malaysia.

Contact & Booking:
Azzam : +60126464960

Facebook :- Search : Gensekii

Gensekii 4...

Gensekii 2...

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ax Men Season 3

Peringkat Akhir Program Realiti Adik Adikku