in

Peringkat Akhir Program Realiti Adik Adikku

Peringkat Akhir program realiti ”ADIK-ADIKKU” Musim kedua akan bersiaran secara langsung melalui TV1 dari Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 21 Mac 2011 (Isnin) ini bermula pada pukul 9.00 hingga 11.00 malam. YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia akan hadir dan menyempurnakan penyampaian hadiah.

JAKIM dengan kerjasama RTM meneruskan lagi penerbitan rancangan realiti TV kanak-kanak “ADIK-ADIKKU” bagi musim kedua kerana sambutan hangat dan bagi memenuhi permintaan ramai. Rancangan berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan pada musim pertama sehingga berjaya menarik hampir sejuta penonton pada siaran langsung pertandingan akhir , sekaligus meletakkan “ADIK-ADIKKU” program paling popular di TV1 bagi minggu ke 11/2010.

Pada musim ini, rancangan ini mengetengahkan bakat seramai 16 orang penda’ie kecil yang masih mengekalkan konsep persembahan melalui pidato yang disulami tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda’ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah, Ustaz Badrul Sani bin Baharudin dan Ustazah Asni Abu Mansor manakala JAKIM masih mengekalkan Ra’es musim pertama iaitu En. Farihin Abdul Fattah.

Rancangan “ADIK-ADIKKU” ini diyakini dapat menandingi rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membentuk karisma kepimpinan kanak – kanak sebagai pemimpin masa hadapan. Ini telah dibuktikan melalui pengiktirafan rancangan ini dalam Anugerah Seri Angkasa antara 5 calon teratas kategori Rancangan Realiti Terbaik. 14 sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia yang telah melibatkan seramai hampir 500 penyertaan bagi mencari 16 peserta yang berbakat. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama hampir sebulan bermula 27 November 2010 hingga 25 Disember 2010 untuk mengikuti pelbagai sesi latihan dan pembelajaran serta ceramah motivasi bagi yang dikendalikan Ra’es dan Murabbi serta penceramah jemputan bagi memantapkan penyampaian pidato serta sahsiah diri.

Pertandingan diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir. Persembahan mereka dinilai oleh juri-juri professional dan juri tetap bagi pertandingan ini ialah Ustaz Haji Badli Shah bin Alauddin dari Jabatan Agama Islam Pahang. Walau bagaimanapun, para peserta yang disaring dan tidak dapat meneruskan ke pertandingan berikutnya akan tetap kekal di Akademi. Peringkat wild card diadakan pada 13 Mac 2011 bagi mempertandingkan 11 orang peserta yang terkeluar di peringkat awal. Penilaian juri akan menentukan dua orang peserta terbaik untuk bertanding bersama 5 peserta lain di Peringkat Akhir.

Rakaman ADIK-ADIKKU disiarkan sebanyak 30 episod, bermula 22 Februari 2011 setiap hari Isnin hingga Ahad selama 30 minit pada pukul 6.30 petang di TV1. Manakala siaran ulangannya pada pukul 9.30 pagi hari berikutnya. Rakaman pertandingan peringkat separuh akhir akan disiarkan pada 15 Mac 2011 bermula pukul 9.00 malam di TV1. Manakala Siaran langsung pertandingan akhir ialah pada 21 Mac 2011 jam 9.00 malam bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia juga akan disiar secara langsung menerusi IKIMfm selaku Radio Rasmi dan siaran tertunda menerusi saluran radio Salamfm bermula pukul 12.00 tengah malam.

Setiap persembahan 7 peserta Peringkat Akhir akan dinilai oleh 3 juri profesional 100 peratus. Selain persembahan pidato, peserta akhir juga akan diajukan soalan uji minda oleh pihak juri. Juri-juri ialah Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Ustaz Badli Shah Alauddin dan Puan Norzizi Zulkafli.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. masih lagi menjadi Penaja Utama Pertandingan Adik-Adikku. Pemenang akan menerima hadiah lumayan berupa wang tunai, piala dan hadiah iringan. Hadiah-hadiah bagi Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Rancangan Adik-Adikku Musim Pertama ini adalah sebagaimana berikut :

Johan:
• Piala
• RM 10,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Umrah dan Ziarah untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 3,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 1,000.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan

Naib Johan:
• Piala
• RM 8,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 2,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 700.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga:
• Piala
• RM 6,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 1,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan

4 Hadiah Finalis Akhir:
• Piala
• RM 3,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 300.00 sumbangan Tabung Haji
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Juara Muda dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan

Pada 13 Mac 2011 yang lalu, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, telah diumumkan 7 orang peserta yang layak untuk memasuki peringkat akhir program ”ADIK-ADIKKU” pada 21 Mac 2011. Peserta yang layak ke peringkat akhir terdiri daripada…… (akan dimaklumkan pada 16 Mac 2011)

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan pertandingan akhir program ”ADIK-ADIKKU” pada hari Isnin, 21 Mac 2010 pukul 9.00 malam bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Persembahan menarik dari peserta ”ADIK-ADIKKU” musim pertama, artis jemputan serta hadiah bagi penonton bertuah berupa pakej pelancongan menanti penonton yang hadir ke Dewan B ini.

PERTANDINGAN ADIK-ADIKKU, MUSIM KEDUA 2011

1) Pertandingan Pusingan Pertama
– Tiada Penyingkiran

2) Pertandingan Pusingan Kedua
– Peserta Tersingkir
I) Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin
Ii) Muhammad Zakiy Najdee Shahirul
Iii) Normarina Misuari Baharodin
Iv) Amira Nursyahira Azli

3) Pertandingan Pusingan Suku Akhir
– Peserta Tersingkir
I) Raudhatus Syamimi Harun
Ii) Isma Amirrul Ismail
Iii) Khair Najmi Mohd Khair

4) Pertandingan Pusingan Separuh Akhir
– Peserta Separuh Akhir
I) Muhammad Ammar Mukhlis Abd Mohsin
Ii) Muhammad Amirul Munir Azlin
Iii) Zaid Najmudin Zul Akmal
Iv) Amir Hamzah Hizir
V) Siti Nur Alia Safri
Vi) Syafiqah Fasiha Ahmad Safri
Vii) Iffah Ahmad Hilmi
Viii) Najahatus Solehah Rapihi
Ix) Nurjannati Syakirin Ramli

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Profile Band Gensekii

Apparat Lancar Trailer Filem Bunohan