Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Poster Filem Jin Notti Lakonan Fara Fauzana dan Mawi



Rasanya ramai yang tertunggu-tunggu filem lakonan Fara Fauzana dengan Mawi ni. Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 20 September 2009. Yelah, ramai peminat Fara Fauzana ingin melihat penyampai Hot FM ini menjiwai lima karakter dalam filem ini iaitu Notti, Ruby, Eyyonne, Shahrifah Qistina dan Mimi. Dengar cerita, pernah sekali Fara Fauzana menangis sebab terlalu sibuk berlakon sehingga selepas shooting filem terpaksa masuk konti jam 4 pagi. Tidur tak cukup, mana boleh tahan. Tapi Fara Fauzana berjaya mengawal emosinya ketika di konti. Syabas untuk Fafau!

Untuk filem Jin Notti, KRU Studios telah pun bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem tetapi bagi menarik pelanggan TM.

Tradisi itu diteruskan dengan Jin Notti yang diarahkan oleh Azhari Zain dan disokong oleh Yusri Abdul Halim sebagai penyunting yang menggunakan teknik imej penjanaan komputer (CGI).

Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi sebagai Aziz, Fara Fauzana (Notti), Cat Farish (Jinbara) dan ramai lagi pelakon hebat mengisahkan tentang dunia jin yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu khususnya.

Sinopsis Filem Jin Notti
Notti, anak jin yatim-piatu menghadapi hukuman paling berat di dunia jin yang terbalik. Kecuali dia mampu melepasi satu ujian – membuat cukup kejahatan hingga penuh ‘skala kenakalannya.’

Dengan pertolongan Jinbara – peguam Notti – Notti dihantar ke dunia manusia untuk melakukan kejahatan. Dia dimasukkan ke dalam badan seorang remaja ‘punk’, seorang gangster perempuan sebelum akhirnya diberi kawalan ke atas makhluk paling jahat dalam dunia manusia – peguam.

Sepanjang perjalanannya, Notti mula jatuh cinta dengan Aziz dan terjumpa dengan seorang lelaki yang mungkin adalah ayahnya. Berjayakah Notti dengan cintanya? Mampukah dia berjumpa ayahnya yang telah lama menghilang?

Semuanya berakhir dalam satu perbicaraan agung di dunia manusia dan di dunia jin.

poster jin notti

Tags: , ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Fara Fauzana Suka Cermin Mata D&G
  • Gambar Red Carpet Fara Fauzana di ABPBH2010
  • Gambar Fara Fauzana di Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Gambar Fara Fauzana di Post Party ABPBH2011
  • Gambar Fara Fauzana di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
  • Gambar Fara Fauzana & Didie Alias Hos Melodi Raya 2010
  • Gambar Fara Fauzana & Penyampai Hot FM di AJL26
  • Gambar Fara Fauzana di Promosi Filem Jin Notti di KL Sentral
  • Gambar Fara Fauzana di Red Carpet ABP 2008
  • Siapa Tetamu Fara Fauzana Dalam Alahai Fafau



  • 35 Komen untuk entri “Poster Filem Jin Notti Lakonan Fara Fauzana dan Mawi”

    1. shin chanz kata:

      wwawawawa,,cm bez jew..x saba nk tgk fara berlakon dgn mawi..hehehhe..agak2 serasi x?

    2. yunie kata:

      x selera nak tgk…

    3. ejan kata:

      macam best jerk!!!!!!!!

    4. alehmaria kata:

      eleh…mawi nk berlakon?x ingin nk tengok gerenti ‘flop’

    5. aree kata:

      pasni wt filem jin rotiiiii…huhu

    6. dd kata:

      mcm geli jek sikit tgk tanduk tu kat kepale fafaw kan….mawi tetap hencem….

    7. norzah mohamad kata:

      tak selera la tengok mawi..sorry..

    8. reoo kata:

      ntahla…aku pn tak selera tgk ngkoo norzah,maafffff…

    9. Orng baik kata:

      Info unt korang yg dpt snyl RCTI (tv Indo) mulai 1/6/2009 sntrn trbaru Ashraf Sinclar,Miller,Nabila Syakieb akan tayang

    10. kenalan kata:

      sebb mawi brlkon 2 mls nk p tengok…..garenti x full pnya p tengok

    11. nurul kata:

      xbaik cakap mawi camtu..walau aku xmnat dia tapi aku xpenah kutuk dia tau..kutuk ckit2 tu adala..tapi apa2 pun fafau tetap BEST!!!!

    12. zety_jb kata:

      nk tgk fara fauzana berlakon filem sey..!!!
      huhuhu….

    13. yunie kata:

      aku kalu mawi jew terus x hingin nak tgk………..

    14. NONA kata:

      betul tu nurul…aku pun bukan suka sgt kt mawi nih…tp sebab si fafau punya pasal..aku berkobar nk tgk filam nih..tp nk buat camna…aku tk dapat nk tgk filem ni kt pawagam atas sebab2 yg tertentu…takpa la nanti aku beli CD yg ori ye farah….

    15. nurulema kata:

      salam’…..xsabar nak tengok mawi,….dan farah …….harap2 cerita ni best……..lgpun ‘sebab ada mawi’…..

    16. emelieth kata:

      aduh hancus…………………..napa la mawi yg perlu jd watak utama..dah la menyanyi x sedap..nak jadi pelakon? layak ke? ada lg org yg lebih layak dari dia kat luar sana tuk berganing dgn farah fauzana..apa2pun fafau u still the best….mawi..ambik cermin..cermin muka..layak ke ko jd HERO????? plz,……la………siot….

    17. nadia kata:

      minah si ckap laju yang tak faham tu ble ke belakon …nati tak faham plak apa yang di ckap..nak gtau dkt farah ni kalu nak ckap .ckap la pelan skit jgan nk tjuk kt pandai ckap tapi haram tak faham apa ponn…jgan mrah ar teguran membina ni

    18. akukah kata:

      spatutnya korang taya norman…bkn mawi…korang sapa nak menilai orang pndai berlakon ker x….tgok dulu baru komen….apa2 pn…good luck…

    19. KARUGA kata:

      KAK FRA FAUZANA CANTIKLA,BILA AGKNYA NK KHWIN EEEK….HEHE

    20. nana s'3 kata:

      walamak.. cam bes jer.. farah nmpk cntik la dlm citer ni..

    21. bocHa_kopItiAM kata:

      mesti best kan citer ni…….arap2 lpas ni mawi berlakon lagi…
      mawi world!!!!!!!
      mawi ngan fara mmg sesuai brlakon..
      huhuh….
      kpd kru, banyak kan lah lagi filem yang dibintangi oleh mawi..
      k./……

    22. Obefiend kata:

      the FAIL is strong with this one…… 2 main leads that cannot act to save their life from a firing squad. one is a bald has been with a wife that looks like Kermit the frog. the other a DJ with an annoying shrieking voice and Beyonce-esque inner thigh!

    23. yuzz kata:

      xbest la mawi hero………apek ok gk.apapn fafaw best………

    24. samurai kata:

      bes ker…
      cam boring jer…
      kalu x boring ape buktinyer…

    25. michu..elfcloud kata:

      AssAlaMuAlIkUmMm…lain kali bagi salam dulu sblm bwt apa2 komen kat artis…ingat diri kamu 2 sape…sempena hari RAYA nie lah kan(bg yg Islam jelah),apa kata korang mnta ampun dkat artis yg kamu komen 2…kn i2 lbh baik dsisi islam…sya minta maaflah sbb byk komen…apa2 pun sya ucapkan tahniah kpd abg Mawi dan kak Fara Fauzana krna tlah berjaya dlm m’lakonkan sbg watak utama dlm filem JIN NOTTI ini…tahniah skali lagi…

    26. michu..elfcloud kata:

      AssAlaMuAlIkUmMm…lain kali bagi salam dulu sblm bwt apa2 komen kat artis…ingat diri kamu 2…sempena hari RAYA nie lah kan(bg yg Islam jelah),apa kata korang mnta ampun dkat artis yg kamu komen 2…kn i2 lbh baik dsisi islam…sya minta maaf sbb byk komen…apa2 pun sya ucapkan tahniah kpd abg Mawi dan kak Fara Fauzana krna tlah berjaya dlm m’lakonkan sbg watak utama dlm filem JIN NOTTI ini…tahniah skali lagi dan Selamat Menyambut Hari Raya
      Aidilfitri….
      Maaf Zahir Dan Batin….

    27. Meow kata:

      No comment… Mawi hancur~ Hahaha~ Kepada peminat Mawi…. Temper la kamu semuaaaaa!!!!

    28. kazuka kata:

      best gak citer nie

    29. kazuka kata:

      salam best gak citter nie

    30. haziqah fatihah kata:

      saye bukan peminat mawi,,
      but still pegi tgk crite nehh.
      n crite nehh boleh tahan best lahh.
      bukanlah sekadar crite melayu yg x berkualiti.
      dan lakonan mawi xlah sekaku yg dikata ;) )
      plz be optimis c(;

    31. nafirin kata:

      best woooo citer neh..
      aku dh tgok mse rye aritu..
      klako je..
      rase cm nk tgok skali lg je..
      ape2 pon tahniah kat mawi ngan fafau..:)

    32. piNk_belt kata:

      hehe…mmg best laa cite nie..fafau mmg kelaka gle!aku ske time die jd gngster 2..hehe..heroin cicakman3 dato’ siti nur haliza!hahhaahahahaa..lwak btl

    33. ANA kata:

      tahniah wat fafau!!u r the best!walaupun org mengutuk u,just pedulikan je…pe pun,ramai yang akan sokong u dari blakang,tepi n 360 darjah le…just be happy with ur self….setuju dengan orang yang menyokong je….;p

    34. nurulema kata:

      salam…..memang best dpt tgk citer ni,…lgpun,msg2 ada pendapat msg2….apa yg pentig,mawi tetap world……love ya….

    35. kakak comel kata:

      best giler. Worth the money spent. Well done Norman, Fafau and Mawi.. tak sabar nak tengok Magika..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK