in , ,

“Minat & Cinta Saya Pada Radio Memang Tak Pernah Hilang,” – Fara Fauzana

Hot FM hari ini membuat pengumuman mengejut dengan menampilkan barisan baharu untuk menerajui segmen pagi. Penampilan semula Fara Fauzana bersama AG dan Fad akan terus menghangatkan ruang udara Hot FM, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi. 

Kredit Foto: Salam Today www.salamtoday.com.my

Fara atau nama lengkapnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, pernah berkhidmat di Hot FM selama 10 tahun dan mengundurkan diri daripada stesen radio itu pada tahun 2016. Kemasukan Fara sebagai penyampai radio di segmen pagi ini seiring dengan pengumuman daripada pihak pengurusan platform radio Media Prima pada 19 Julai lalu mengenai transformasi perniagaan yang membabitkan perubahan operasi dan isi kandungan. 

Menurut Fara, beliau berasa teruja dan gementar untuk ke udara di Hot FM. “Kemasukan semula saya ke dalam jentera hadapan Hot FM  adalah sejajar dengan selera pendengar yang lebih segar dan luas. Saya diberitahu, Hot FM kini akan tampil dengan wajah baharu dan akan membawa hala tuju yang lebih segar. Mungkin sebelum ini sasaran pendengar adalah lebih muda, tetapi dengan adanya hala tuju baharu ini, ia akan menyasarkan kepada pendengar yang lebih meluas dan kepelbagaian dari segi penyampai juga. 

Hot Fm

KEJUTAN HOT FM BERSAMA FARA FAUZANA, AG & FAD

Menjawab persoalan mengapa beliau memilih untuk kembali ke dunia penyiaran radio, “Minat dan cinta saya pada radio memang tak pernah hilang. Sebelum ini saya dipanggil untuk menyertai radio lain juga dan saya terima kerana masih ingin bersama dengan pencinta radio sebab saya rasa lebih rapat dengan mereka bila ke udara.

Jadi, selepas mendapat tawaran untuk kembali bersama Hot FM, saya sangat teruja tapi dalam masa yang sama gementar untuk bersama para pendengar, terutama sekali untuk mengetahui penerimaan mereka terhadap saya di Hot FM”

– FARA FAUZANA

“Alhamdulillah,saya menerima banyak komen positif dan sokongan daripada semua pihak, termasuk pihak pengurusan, keluarga, rakan media dan tak lupa daripada pendengar Hot FM selepas ke udara pada hari pertama di Hot FM. Saya bersama AG dan Fad akan menjanjikan sesuatu yang lebih segar dan baru, istimewa buat pendengar-pendengar setia Hot FM.,”

Dari segi pembaharuan dari segi penyampaian, Fara berkata beliau sekarang sedang membuat ulangkaji intensif untuk memastikan penyampaian dan isi kandungan yang akan diberikan relevan dengan kehendak pendengar masa kini. 

“Semestinya ada benda baru yang perlu saya belajar kerana kehendak pendengar sentiasa berubah. Saya bersama dengan pihak pengurusan sedang giat mengatur strategi bagi memastikan pengisian yang akan diberikan bermula 2 Ogos ini adalah yang terbaik buat semua yang mengikuti Hot FM dari dulu hingga sekarang”

– Fara Fauzana

Bercakap mengenai pendapat beliau mengenai rakan penyampai Hot FM yang lain yang sudah tidak bersama dengan stesen radio tersebut, beliau berkata itu merupakan strategi daripada pihak pengurusan Hot FM.

“Pastinya semua sebagai penyampai menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan kerana ia adalah sebahagian daripada strategi bisnes yang perlu dibuat . Saya sebagai penyampai radio sendiri masih lagi belajar daripada semua penyampai radio di Malaysia mahupun luar negara. Yang sudah tidak bersama Hot FM, mereka adalah kawan-kawan saya dan proses belajar antara satu sama lain itu tidak pernah terhenti. Apa saja yang mereka lakukan dalam kerjaya mereka memberi inspirasi kepada saya dan saya ucapkan selamat berjaya buat semua”

Sementara itu, pihak pengurusan Hot FM turut mengesahkan bahawa AG dan Fad akan kekal mengelola segmen pagi bersama Fara, selepas hampir seminggu diberikan cabaran untuk ke udara bersama. Trio baharu di Hot FM ini adalah sebahagian daripada pengisian terbaharu yang akan ditampilkan bermula 2 Ogos nanti. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Nazri Noran, pemilihan AG, Fara dan Fad amat bertepatan dengan halatuju dan pengisian baharu Hot FM.

“Perubahan yang dilakukan bertujuan untuk mendorong pertumbuhan positif , meningkatkan tahap relevan dari segi jenama supaya terus berdaya saing dalam  pasaran. Kami telah memberikan cabaran kepada AG dan Fad bermula minggu lepas untuk ke udara di segmen pagi Hot FM untuk melihat ‘chemistry’ dan mempersiapkan diri mereka untuk memberikan pengisian terbaik buat pendengar.  Setelah beberapa hari ke udara, kami menerima banyak reaksi positif daripada pendengar dan percaya kedua-dua personaliti ini boleh membawa Hot FM ke tahap yang lebih tinggi. Pemilihan Fara Fauzana pula semestinya melengkapkan lagi segmen pagi Hot FM, bakat dan aura beliau memang tidak boleh dipertikaikan dan ini dapat dilihat menerusi komen-komen positif yang kami terima daripada para pendengar”. 

– Nazri Noran

Nazri juga turut memberitahu bahawa mereka begitu teruja untuk memberikan lebih banyak lagi kandungan menarik  kepada pendengar setia radio di Malaysia. “Jangan lupa untuk dengarkan Hot FM dan semua rangkaian radio Media Prima pada 2 Ogos ini kerana kami sudah mengatur pengisian yang terbaik untuk memastikan para pendengar teruja dan terhibur untuk mendengarkan radio setiap hari”

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.com.my dan Youtube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822. Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Hot FM, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 23

“I’m Sorry Malaysia,” – Usahawan Tampil Buat Penjelasan Apa Yang Terjadi Dalam Video Tular

Nabilahmad | 24


Program Baharu Astro Oasis SALAMUN ’ALAIK Kupas Sunnah Rasullulah SAW