in , ,

Lima Tahun Berlalu, Hari Ini Fara Fauzana Dilamar Semula oleh Hot FM Bersama AG & Fad Bocey

Pada pagi tadi, stesen radio Hot FM telah membuat dua kejutan mengenai pembaharuan serta rombakan yang akan dilakukan oleh mereka sebelum mengumumkannya secara total pada 2 Ogos ini.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh pihak pengurusan, mengambil kira keputusan perbincangan bersama serta komen yang diberikan oleh para pendengar stesen radio itu bersetuju untuk mengekalkan gandingan AG dan Fad Bocey sebagai penyampai radio bagi slot pagi Hot FM.

HOT FM

Fara Fauzana Kembali Ke Hot FM Lengkapkan Trio Pagi

Bukan itu sahaja, pendengar dan dua orang penyampai radio itu turut dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita ke konti Hot FM yang diperkenalkan sebagai penyampai radio yang ketiga selain Fad dan AG. Siapa sangka, selepas 5 tahun meninggalkan Hot FM, Fara Fauzana kembali ke stesen radio itu melengkapkan trio pagi.

Menjengah ke ruangan komen siaran langsung Hot FM Live di laman YouTube, rata-rata pendengar meluahkan rasa gembira dan teruja apabila Fara yang juga dikenali sebagai Fafau kembali menggalas tugas sebagai penyampai radio.  Untuk rekod,Fara sebelum ini telah bersama Hot FM selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengundur diri sekitar 2016 bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya peribadi yang lebih meluas dalam bidang pengacaraan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, AG dan Fad turut memohon maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku pada pagi Rabu menyebabkan insiden mereka ditegur oleh pihak pengurusan dapat didengari oleh para pendengar berikutan mikrofon mereka dikatakan telah terpasang ketika itu.

*Sumber: Murai & HotFM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Saman Oleh Siti Nordiana, Akhirnya Syura Badron Buka Mulut

“I’m Sorry Malaysia,” – Usahawan Tampil Buat Penjelasan Apa Yang Terjadi Dalam Video Tular