in , , , ,

Team Pagi Suria Kempunan Jadi Penari Latar Datuk Seri Siti Nurhaliza

Kesiannya tengok mereka bertiga ni tak dapat ke Adelaide. Gara-gara tak buat visa, mereka terlepas peluang. Aduyai. Jom baca kisah mereka selanjutnya.

Kredit Foto: Salam Today www.salamtoday.com.my

Bermula daripada posting Fara Fauzana di akaun Instagram miliknya dua minggu lepas yang menyatakan niat untuk mengikuti Datuk Seri Siti Nurhaliza ke konsertnya di Adelaide, Australia 18 Oktober ini, penyampai Team Pagi Suria iaitu Fizi Ali dan Issey turut mencuba nasib menjadi penari latar supaya dapat mengikuti Tokti ke Australia. 

TEAM PAGI SURIA KEMPUNAN JADI PENARI LATAR  DATUK SERI SITI NURHALIZA

Datuk Seri Siti Nurhaliza turut membalas posting berkenaan dan mencabar Team Pagi Suria untuk membuktikan kebolehan mereka menari untuk membolehkan mereka menyertai pasukan penari latar Tokti. Respon positif daripada Datuk Seri Siti membuatkan ketiga-tiga penyampai Team Pagi Suria ini bersemangat dalam mempelajari teknik tarian. 

TEAM PAGI SURIA KEMPUNAN JADI PENARI LATAR  DATUK SERI SITI NURHALIZA

Untuk Misi Ke Adelaide sebagai penari latar, Team Pagi Suria memulakan latihan tarian mereka bersama penari-penari teater Mak Yong Raja Besar Maha Gading di Istana Budaya. Nak tahu bagaimana mereka berlatih menari? Jom lihat video di bawah. 

Melihat kepada betapa kekoknya Fizi Ali bila menari, Timbalan Pengarah Bahagian Produksi Istana Budaya, Encik Rosnan Rahman dan juga pelakon Nad Zainal mencadangkan agar Fizi Ali ke kelas gimnastik untuk melatih badan supaya menjadi lebih fleksibel ketika menari. Saksikan video Fizi Ali di kelas tarian di bawah. 

TEAM PAGI SURIA KEMPUNAN JADI PENARI LATAR  DATUK SERI SITI NURHALIZA

Bukan itu sahaja, Team Pagi Suria turut menerjah sesi latihan dan melakukan siaran luar di studio latihan Datuk Seri Siti. Dari situ, Team Pagi Suria akan berlatih bersama Tokti dan Tokti akan membuat keputusan sama ada membenarkan Team Pagi Suria bersama-sama mengiringi persembahan beliau sebagai penari latar. 

Setelah menghadiri beberapa kelas, menjalani pelbagai rutin dan menempuhi cabaran serta dugaan untuk melayakkan diri mereka sebaris dengan barisan penari latar Tokti, ternyata nasib tidak menyebelahi mereka dan impian mereka bertiga untuk mengiringi Tokti ke Adelaide, Australia tidak kesampaian. 

Lihat video Team Pagi Suria tidak putus asa dan mengejar Datuk Seri Siti Nurhaliza di lapangan terbang bagi mencuba nasib untuk mengikuti Dato Siti ke Adelaide, Australia. 

Menyatakan kekecewaannya, Issey berkata “Sememangnya agak kecewa bila tidak dapat mengikuti Tokti ke Adelaide apabila persiapan semua telah dibuat dalam masa yang agak suntuk. Bukan rezeki kami kali ini, tapi akan datang mungkin, siapa tahu bukan?” 

TEAM PAGI SURIA KEMPUNAN JADI PENARI LATAR  DATUK SERI SITI NURHALIZA

Malah Issey turut menyatakan harapan sebenarnya ke Adelaide, Australia iaitu melawat Pusat Seni yang melibatkan acara-acara seni daripada seluruh negara di sana. 

Menyifatkan ini bukan rezeki mereka untuk ke Adelaide, Fizi Ali tetap optimis dalam merencana kandungan-kandungan yang lebih interaktif seperti ini untuk pendengar setia Suria. 

TEAM PAGI SURIA KEMPUNAN JADI PENARI LATAR  DATUK SERI SITI NURHALIZA

“Bila adanya kandungan tambahan atau adhoc sebegini sekaligus membuatkan kami sebagai penyampai sentiasa bersiap sedia dengan idea bagi menghiburkan pendengar setia kami. Dengan kandungan sebegini juga kami merasakan penerimaan pendengar terhadap Team Pagi Suria dan Suria sendiri semakin berkembang. Terima kasih kerana kekal menjadikan Suria No 1 di hati anda.” 

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. 

TEAM PAGI SURIA KEMPUNAN JADI PENARI LATAR  DATUK SERI SITI NURHALIZA

Mengenai Suria FM

Suria adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria beroperasi secara rasminya pada tahun 2007. Suria mensasarkan pendengar Melayu yang berada di bandar dan juga luar bandar. Stesen radio Suria FM yang mempunyai 2.2 juta jumlah pendengar ini menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini. 

Kini Suria telah memperluaskan platform menerusi siri jelajah (on ground) & digital di mana pelbagai hiburan serta siri original berbentuk visual terdapat di laman rasmi www.suria.my yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Ikuti Suria di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Cubaan Berani Nabil Ahmad Angkat Kisah Penipuan Duit Haram & Scammer

Rita Rudaini Mahu Saman Netizen Persoal Sah Taraf Anak