Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Rombakan Jadual Hot FM



RADIO: FUNGSI & PENGISIAN
Stesen Radio Hot FM yang semakin menarik perhatian pendengar telah melakukan satu rombakan. Perubahan ini tidaklah terlalu ketara. Faizal Ismail dan Farah Fauzana masih lagi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan siaran pagi. Mengikut kajian, jumlah pendengar semakin meningkat ketika AM Krew bersiaran di udara.

Anda sendiri mungkin tahu apakah faktor utamanya. Sudah tentu kerana Fara Fauzana yang semakin mencipta nama dalam bidang pengacaraan ini. Keletah dan celoteh yang selamba dan santai menjadi aset utama.

Perubahan segmen dan waktu bagi Azura, Fikhrie, Anne & Aleya ini saya kira dapat mengimbangi jumlah pendengar. Sudah tentu pengisiannya juga perlu dimantapkan lagi dan lebih menarik serta unik berbanding stesen radio lain.

Saya meramalkan Hot FM akan dijulang sebagai radio nombor satu Malaysia pada tahun hadapan sekiranya masih mengekalkan mutu penyampaian yang mesra pendengar. Tidak keterlaluan saya katakan di sini kerana mengikut kajian tahun lepas, jumlah pendengar bertambah berkali ganda. Syabas saya ucapkan kepada warga kerja Hot FM!

PERUBAHAN JADUAL PENYAMPAI HOT FM

Jika dahulu program di waktu pagi dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari di kendalikan oleh Azura tetapi kini Fikhrie telah mengambil-alih melalui program Menu Muzik HOT FM sementara Azura pula menggantikan tempat Fikrie bermula jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.

Leya pula mengendalikan HOT FM Jam bermula jam 4.00 petang hingga 8.00 malam bersama AG. Bagi segmen HOT FM Zon pula Anne keudara berseorangan dari jam 8.00 malam hingga 10 malam dan ditemani oleh Ikhwan bermula jam 10.00 hingga 12.00 malam. Waktu, segmen & penyampai 2007 :-

 

 

HOT FM AM KREW6.00 – 10.00 pagi
Fara Fauzana & Faizal Ismail


MENU MUZIK HOT FM
10.00 pagi – 1.00 tgh
Fikhrie

1.00 tgh – 4.00 petang

Azura


HOT FM JAM
4.00 petang – 8.00 malam
AG & Leya


HOT FM ZON
8.00 malam – 12 tgh mlm
Anne

10.00 malam – 2.00 pagi

Anne & Ikhwan

 

Budiey.com mengucapkan selamat tahun baru 2007 kepada Hot FM. Semoga dengan kedatangan tahun baru, menambahkan lagi pendengar setia anda seterusnya menjadi radio yang gah dan lebih bermutu di Malaysia.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Beg Kuning Penyampai Radio Mana ni
  • Radio Capital FM88.9 Mahu Lawan Radio Hot FM dan Radio Era?
  • PERUBAHAN TERBAHARU WAKTU SIARAN BERITA TV2 DI RTM
  • Kieran Era FM Lari Ke Hot FM, AC Mizal Hos AF6
  • Selebriti di Majlis Lunch Bersama AMP Radio Networks
  • Profil Nana Penyampai Radio Era
  • TAHNIAH KIERAN PENYAMPAI BARU STESEN RADIO HOT FM
  • Gambar Penyampai di Media Nite Radio Hot FM & Fly FM
  • Berjayakah Revolusi Rombakan 2011 Memperkasakan Radio Hot FM
  • HOT FM Tetap Nombor Satu?



  • 6 Komen untuk entri “Rombakan Jadual Hot FM”

    1. tobymiaw kata:

      congrats to ur new website!!! cun seyyy…

    2. Budiey kata:

      Terima kasih Toby…

      cun ke…? Hik mana ada…

    3. are-peace kata:

      aku sokong hot………,di harap akan menjadi stesen nombor satu nanti

    4. taufik kata:

      ape rahsia abg faizal

    5. naemah kata:

      ok je…………….. janji tetp hangat k……………….

    6. safarizan kata:

      baik x payah rombakan…..kekalkan je mane yg ade skrg ni!!!!hot fm the bez….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK