in

Gambar Sekitar HotFM Yeah Yeah Di Kota Kinabalu, Sabah

Hampir 6 ribu pendengar setia HOTFM telah membanjiri ke tapak HOTFM YEAH YEAH di tingkat 4, Palm Square, Centre Square, Kota Kinabalu, Sabah pada 12 Januari 2008. Petang yang telah dihangatkan oleh barisan penyampai HOTFM juga artis remaja yang popular bagaikan dinantikan sekian lama oleh penduduk tempatan. Acara yang julung-julung kalinya diadakan ini pastinya tidak akan dilepaskan oleh mereka untuk beramah mesra dengan antara lain Fara Fauzana, Faizal Ismail serta Leya.

Begitu juga dengan kehadiran mereka yang berada di Kuching, Sarawak, sememangnya cukup memeriahkan petang 13 Januari 2008. Barisan penyampai serta yang sama iaitu, Elyana, Fiq (Mentor) dan Adam ternyata dapat menambat hati hadirin. Pengunjung seramai 8,000 orang jelas kelihatan terhibur dengan gelagat spontan yang disajikan kepada mereka.

Antara permainan atau games yang telah diadakan termasuklah HOT CHAIR serta HOT DANCE. Acara ini mendapat sambutan yang cukup hangat oleh para pengunjung yang cukup “sporting”. Sepanjang petang tersebut, HOTFM Yeah Yeah Tour sentiasa diselangi dengan gelak ketawa serta hiburan tanpa henti.

Objektif HOTFM Yeah Yeah Tour ternyata telah tercapai melihatkan sambutan yang diberikan oleh pendengar-pendengar di Kota Kinabalu, Sabah serta Kuching, Sarawak. Berikutan dengan kejayaan tersebut, HOTFM telah pun menyusun tarikh-tarikh baru sebagai satu kesinambungan siri jelajah HOTFM di Malaysia Timur pada masa akan datang. Pastinya sesuatu yang lebih hangat akan dijanjikan kepada semua masyarakat Sabah dan Sarawak.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hotfm.com.my

[tags]hotfm yeah yeah, gambar fara fauzana, Palm Square, Centre Square, hot chair, konsert gege riuh digi, party blogger, italk review youth[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bersama Menyambut Hari Kekasih di Planet Hollywood

Drama SAKA Lakonan Juliana Ibrahim Nasir Bilal Khan di TV3